Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Nak Menangis Aku Tengok Dia Redah Hujan Yang Sangat Lebat"

gempak
Gempak Spot
17/08/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Nak Menangis Aku Tengok Dia Redah Hujan Yang Sangat Lebat"
Kisah ini dihantar oleh BHxSS untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Kat jalan depan rumah aku ni ada anjing jalanan. Yang dua ekor ni dua beranak, hitam tu ibu, brown tu anak. Dulu asalnya memang garang dan aku ni memang penakut anjing. Kes ada sejarah kena gigit anjing masa kecil dan kena kejar anjing masa sekolah menengah. Kesan parut gigitan walaupun dah tak berapa nak nampak tapi masih ada, jadi fobia dalam diri tu tetap ada.
Jiran aku yang berketurunan Cina 'ajar' aku macam mana nak berbaik dengan anjing jalanan tu. Jadi aku belikan anjing-anjing ni biskut dan boleh dikatakan setiap malam aku bagi makan. Tapi tak adalah aku letak dalam bekas ke apa, aku cuma main tabur saja kat atas jalan bila mereka datang dekat aku.
Jiran aku letak bekas air minum untuk anjing-anjing ni dan isi air bersih setiap hari. jiran lain jugak selalu bagi makan tapi aku tak tahulah makanan apa. Oleh kerana mereka bukan Islam, lebih senanglah mereka nak bergaul dengan anjing-anjing ni. Bukan bermakna aku tak boleh bergaul kerana dalam Islam ada batas-batasnya yang masih membolehkan aku pegang dan sentuh anjing. Tapi biasalah, fobia tetap ada.
Sebelum ni, dua beranak ni tak berani masuk kat porch rumah aku atau rumah sesiapapun dalam kawasan kejiranan aku ni. Tapi pernah sekali masa hujan tengah malam dan aku keluar nak tengok keadaan, aku nampak si ibu ada dalam porch aku dan bila dia nampak kelibat aku, cepat-cepat dia keluar dalam basah hujan lebat walaupun aku tak halau. Masa tu rasanya sebelum PKP lagi. Ketika tu aku rasa nak menangis sebab hujan lebat betul.
Lepas dua tiga kali berlaku kejadian yang sama, aku buat keputusan kalau aku sedar dan nampak langit mendung dan gelap, cepat-cepat aku alihkan kereta aku ke luar. Bagi aku tak ada masalah sebab memang aku ada beli tanah siap-siap untuk aku samak lantai nanti. Tapi aku tak dapat bayangkan mana-mana haiwan sekalipun yang tiada tempat berteduh bila hujan lebat.
hampir 90% kejiranan aku adalah bukan Islam jadi aku akan selalu minta tolong mereka kalau ada apa-apa berkaitan anjing dua beranak ni. Contohnya aku beli ubat kulit untuk dua-dua ni setiap bulan dan aku minta jiran aku tolong letakkan. Begitu juga masa aku dengar berita dari jiran, anjing-anjing terbiar nak kena angkut dan dia cadangkan aku belikan collar, laju saja aku pandu pergi pet shop.
Biarlah orang nak anggap apa sekalipun, janji aku tak bawa masuk dalam rumah, tapi aku takkan biar mereka basah kesejukan sebab tak ada tempat berteduh. Kalau apa yang aku buat ni berdosa sekalipun, biarlah aku yang tanggung sebab aku memang tak sampai hati. Insya-Allah, tak ada manusia atau binatang yang minta makanan dengan aku, yang aku tak endahkan! Insya-Allah!
Kredit Gambar: BHxSS
Kisah ini dikongsi oleh BHxSS untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live