Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Orang Yang Tak Dikenali Jawap Tweet Dan Sekarang Dia Jadi Suami Saya" - Gadis Kongsi Cinta Twitter
Perkongsian pengguna Twitter @whyshiqa ringkas sahaja tetapi mendapat perhatian daripada warga Twitter.
Berkongsi Tweet secara rambang dan tanpa ditujukan kepada sesiapa, Shiqa tidak menyangka seorang jejaka menjawap Tweet tersebut.
"Hai Bakal Suami. Saya power buat nes," tulis Syiqa.
Tanpa disangka, Tweet tersebut mendapat respon daripada seorang jejaka, Auzaie Jamaludin.
"Neslo can aa?" tanya Auzaie kembali dengan menggunakan Twitter @AuzaieJ
"Boleh Boleh," sambil disambut gelak ketawa yang panjang daripada Syiqa.
Bermula daripada situlah mereka bertemu dan kini menjadi pasangan suami isteri.
Perkongsian Syiqa mendapat respon daripada warga Twitter yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Tidak kurang juga yang mengusik untuk berbuat perkara yang sama dan berharap mendapat jodoh seperti mereka.
"Lepas ni aku nak reply tweet orang lah, mana tahu jodoh," seloroh @ahmadsyubli_
"Aku macam amazed, random tweet je padahal tapi rupanya tu jodoh dia. We don't know what lies in the future," tulis @faqaaarrr
"Kalau aku tweet, mesti pergi macam angin berlalu ja. Sedih. By the way, tahniah sis. Semoga bahagia ke Jannah," komen @diqnurul
"Wowwwww betul-betul wujud jodoh Twitter ni. Tahniah sis," tulis @_aqilahmohamad
Shiqa turut menulis satu Tweet untuk mereka yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
"Tak sempat pulak nak reply satu-satu. Thanks untuk semua yang ucap tahniah dan mendoakan rumah tangga kami. Semoga yang mendoakan akan segera berjodoh dengan pilihan hati," doa Shiqa.
Kredit Gambar: Twitter @whyshiqa
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @whyshiqa dan mendapat lebih 8,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video