Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Penat Balik Kerja Dan Tengok Rumah Bersepah & Berair, Terus Jadi Emo!"

gempak
Gempak Spot
04/12/2020
03:30 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Penat Balik Kerja Dan Tengok Rumah Bersepah & Berair, Terus Jadi Emo!"
Cerita ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @mnsiatnpahati tentang kehidupannya yang menyewa bilik dan rasa penat apabila pulang kerja melihat keadaan rumah yang bersepah.
Bukan nak kata apa,tapi aku dah penat nak hadap hari-hari macam tu. Aku penat balik kerja hari-hari aku kemas tapi akhirnya macam ni jugak setiap kali balik. Wth its this? Monyet ke yang duduk dalam rumah ni? Maaf la.Aku ni perempuan, dan aku tak suka!
Dan dari pukul 6:30 petang sehingga 9:10 malam ya aku selesaikan. Ini saja yang aku mampu, pinggang rasa nak patah. Perempuan di luar sana tolonglah jadi pembersih, janganlah muka cantik tapi pengotor.
Gaissss chill gaisss. Aku okay je ni, cuma biasalah penat balik kerja tadi emo sedikit tapi aku chill je depan housemate aku. Chill gaiss. Dia dah belanja aku mcd tadi sebagai cagaran dan aku terima. Sebab dia dah bagitahu yang dia tak reti nak mengemas rumah.
Takpalah, mungkin betul dia tak reti. So tak mengapalah. Kita cuba lagi selepas ini macam mana.
Kalau aku kena halau nanti, ada tak yang nak datang kutip aku bagi tempat sewa? Soalan serious aku tanya ni. Hahahaha, aku okay gais, aku tak sangka akan blow up macam ni.
Hi gais, Ying terpaksa tambah thread sebab dah blow up sangat. Ying mintak maaf kalau ying post benda ni on socmed but I takde niat apa-apa cuma mahu kita sebagai manusia ni, jagalah kebersihan diri dan persekitaran.
Tak apa tak handsome tak cantik, cantik handsome or else, but jaga kebersihan. Lagi satu mungkin ada yang teka tempat tinggal ni di mana dan tahu, so ying redha kalau apa-apa yang jadi to me.
Sebab Ying cuma penyewa dekat diorang dan I think I tak ada hak nak bersuara mungkin sebab tulah.
Lagi satu ada yang bersuara kata pindahlah, apalah. Ying masih kerja dengan basic yang tak cukup nak tampung bilik sewa yang mahal-mahal.
Hidup masih terkontang kanting di KL ini. Dan nak cari rumah berdekatan dengan tempat kerja sangatlah susah, tapi Ying dapat dan Alhamdullilah, bersyukur.
Cuma dugaannya inilah yang kena hadap hari-hari. Cuma semalam I'm so tired, dan tengok benda ni dengan berair terus jadi emo. Sorry! Apa-apa pun you gais stay safe dan jaga kebersihan okay? Kalau ada bilik sewa area Shamelin, Cheras ni bolehlah bagitahu Ying.
And the part yang best dalam bilik Ying ada view macam ni, sebab tu Ying bertahan. Selama ni memang tak kisah nak sapu atau kemas, tapi semalam memang teremo nampak macam tu. Pemandangan ni buat hati rasa tenang selepas pulang kerja.
Kredit Gambar: Twitter @mnsiatnpahati
Kisah ini dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @mnsiatnpahati dan mendapat lebih 4,000 Retweet dan lebih 9,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024