Personal Opinion | Pendapat Peribadi
#GempakSpot: "Pendeknya Saat Membesarkan Anak-Anak" - Luahan Rasa Hati Seorang Ibu
Kisah ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @LNH_15 dengan meletakkan status Instagram Stories milik ibunya di Twitter.
Status ibu aku hari ni buat aku deep.
Satu ketika dulu rumah ini dipenuhi oleh tawa, nangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan berbagai lagi.
Buku-buku, pensel, seluar baju bertaburan di lantai bilik. Bedak, sikat entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal bertaburan di bawah meja.
Maka, kedengaranlah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.
Pagi esoknya, seorang akan bertanya emak, "Mak... mana pensel saya?" Kemudian seorang lagi bertanya, "Bedak mana?"
Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak-anak... ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun, sikit saja bajunya.
Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya.
Tiap-tiap anak punya bau istimewa masing-masing. Jadi, mak pun hidu udara bilik tu sedalam-dalamnya untuk hilangkan rindu pada anak-anak.
Apa yang tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak-anak. Dan juga, kehangatan badan anak.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir yang tak berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit, suruh anak-anak buka atau tutup.
Kamu semua sekarang dah ada dunia sendiri dan mak/abah sentiasa mendoakan dan memohon. Ya Allah, peliharalah anak-anakku walau di mana jua mereka berada. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Penyayang.
Nimatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari.
Nota: Gambar utama hanyalah sekadar gambar hiasan.
Kredit Gambar: Gempak / Twitter @LNH_15
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter hshs menggunakan akaun Twitter @LNH_15 dan mendapat hampir 11,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com