Perkongsian seorang doktor di Twitter menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam menjelaskan daripada aspek perubatan tentang status yang dikatakan sakit mental dan tidak diwajibkan solat.

Wajibkah Pesakit Mental Solat?

Saya ingin ulas persoalan ini dari aspek perubatan agar tiada kekeliruan dalam mentafsir status kewajipan beribadah bagi pesakit mental.

Prinsip asas kena faham ialah mental illness datang dalam bentuk berbeza dan tahap keseriusan yang berbeza.

Bukan semua manifestasi masalah mental berbeza. Ada yang affect emosi, fikiran, ingatan, tingkahlaku, personaliti dan sebagainya.

Ada yang ringan, sederhana, teruk.

Ada yang satu domain sahaja, ada yang banyak.

Jadi jangan generalise.

Jadi kewajipan ibadah bukan ikut diagnosis, tapi ikut pra-syarat kewajipan ibadah itu sendiri - berakal.

Syarat ini mesti memenuhi 3 aspek

1. Conscious (sedar)
2. reality testing intact (waras/tahu beza realiti dan bukan)
3. Normal cognitive function (intelectual)

1. Conscious - maknanya bukan koma/delirium (disebabkan masalah kesihatan)
2. reality testing intact - maknanya tak alami gangguan jenis psikosis seperti berhalusinasi atau berdelusi
3. Normal cognitive function - memiliki keupayaan utk tahu mengapa dan bagaimana untuk beribadah

Jadi kalau seseorang itu mempunyai diagnosa masalah mental seperti kemurungan, anxiety, OCD atau schizophrenia, tetapi memenuhi 3 syarat ini, maka pandangan saya, secara perubatannya dia memenuhi syarat berakal, maka wajib melakukan ibadah wajib yang difardhukan.

Cuma kaifiyat atau bagaimana, itu bergantung kepada kemampuan.

Maka kalau kata sebab aku depressed, maka aku tak wajib solat, maka kenyataan ini adalah salah. Kena rujuk semula syarat berakal yang asas tadi.

Ibadah juga adalah salah satu bentuk terapi dan sokongan spiritual yang penting, jadi kita tak mahu pesakit mengabaikannya dengan mudah.

it's the journey that matter, not destination. perjalanan menuju Allah itu kerja kita, destinasi akhir itu ketentuan Allah. keep doing it. Orang putih kata fake it till you make it. Insya-Allah sampai masa Allah isi kekosongan itu.

Kalau tinggal, kekosongan pun tak terisi juga.

Kredit Gambar: Google

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Rozanizam Zakaria menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam dan mendapat hampir 1,500 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]