Education | Pendidikan
#GempakSpot: Ramai Daripada Kita Mungkin Berada Dalam Situasi Obesiti, Tapi Menganggapnya Tidak Mengapa
Dr. Shazwan Sazali daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) melalui akaun Twitternya @shazwan_sazali berkongsi tentang obesiti untuk menyedarkan kita semua bahawa obesiti itu adalah sejenis penyakit. Baca perkongsian beliau.
“Saya gemuk, tapi saya tak ada penyakit, saya sihat je”
Pernah dengar orang berkata seperti ini?
Ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, gemuk atau obesiti itu sendiri adalah sejenis penyakit.
Ya! Obesiti adalah penyakit!
American Medical Association (AMA) pada Jun 2013, telah mengisytiharkan bahawa obesiti adalah sejenis penyakit kerana memerlukan terapi dan pencegahan.
Sebelum itu, apa sebenarnya maksud obesiti?
Obesiti adalah suatu keadaan kompleks apabila lemak yang terdeposit di dalam badan pada kadar yang berlebihan, untuk lelaki kadar lemak lebih daripada 25%, manakala perempuan 35%.
Menurut World Health Organisation (WHO), BMI di atas 25 dikira sebagai berat badan berlebihan, BMI 30 dan ke atas adalah obes.
So, sebelum sambung baca, kira BMI sekarang, adakah anda obes?
Apakah kesan kepada obesiti?
Kencing manis, kolesterol tinggi, penyakit jantung, darah tinggi, sleep apnea, malah stroke juga boleh terjadi pada seseorang yang obes.
Ketahuilah, obesiti ada rawatannya.
Amalkan cara yang hidup yang sihat. Kawal pemakanan anda adalah langkah yang paling utama untuk merawat obesiti. Ambil pemakanan yang tinggi serat, rendah lemak dan karbohidrat.
Selain itu, lakukanlah aktiviti fizikal sederhana sekurang-kurang 30 minit sehari, 5 kali seminggu bagi membakar kalori sekaligus menurunkan berat badan.
Anda juga perlu tahu, bahawa di Malaysia juga terdapat perkhidmatan klinik obesiti.
Untuk apa klinik ni?
Klinik obesiti (contohnya di HKL) bertujuan memberi nasihat dan cara menurunkan berat badan secara semula jadi. Selain itu, klinik ini juga akan menyediakan cara kepada mereka yang mengalami obesiti untuk melakukan senaman yang betul bagi membantu menurunkan berat badan dengan lebih efisien.
Malaysia adalah negara paling “obes” di Asia, dan yang kedua di ASEAN untuk kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 - 19 tahun.
Kalau anda termasuk dalam golongan yang membantu statistik di atas, ayuh ubah cara hidup kita!
#PilihSihat #medtweetmy @khairul_hafidz
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Shazwan Sazali menggunakan akaun Twitter @shazwan_sazali dan mendapat hampir 2,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video