Ramai tanya aku di Instagram, mana aku stay minggu lalu dan kenapa cantik sangat? Aku bermalam satu malam di Capsule, memang cantik dan berbaloi untuk RM28 sahaja.

Mula-mula korang kena book dekat booking.com dan cari 'Capsule Town Hotel KL'. Peringatan penting, kalau boleh book awal kalau tidak, tak dapat harga RM28. Maybe harga akan naik sikit RM34 macam tu sebab high demand. Ramai orang luar dan pelancong dah book awal.



LRT atau MRT terdekat di Pasar Seni dan hanya 10 minit berjalan kaki ke hotel. Ada juga bilik biasa dan bilik kapsul. Bilik kapsul muat seorang sahaja tetapi kalau bilik biasa ada katil bersaiz queen. Ikut kesesuaian korang dan bajet.

Kalau korang book last minute, kena bayar di hotel, tetapi kalau korang booking awal, boleh saja bayar secara online banking, tak ada masalah.

Peringatan, sediakan RM50 sebagai deposit tetapi jangan risau. Deposit ini akan dipulangkan sebaik sahaja anda check out. Asalkan korang jangan jahanamkan harta benda.



Keselamatan (security) memang padu. Ada access card untuk keluar dan masuk bilik kapsul. Locker juga sama. Kita hidup di 2019 ya, bukan 1919. Pastikan jangan tercicir apa-apa barang, okay!

Di dalam bilik kapsul tu ada tempat USB, charge apa semua. Aircond ada, Air ventilation pun ada. Tak akan sesak nafas, jangan risau.



Ramai yang tanya pasal tandas. Jangan risau, tandas lelaki asing dan tandas perempuan juga asing seperti dorm. Cuma, tempat meletak kenderaan tiada, jadi lebih bagus kalau naik pengangkutan awam.

Kredit Gambar: Twitter @AdamMickail

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @AdamMickail dan mendapat hampir 8 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]