Education | Pendidikan

#GempakSpot: Ramai Yang Mencemburui Pemergian Allahyarham Abam. Apakah Amalan Arwah Yang Boleh Kita Contohi?

gempak
Gempak Spot
12/02/2020
13:00 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Ramai Yang Mencemburui Pemergian Allahyarham Abam. Apakah Amalan Arwah Yang Boleh Kita Contohi?
Seorang pengguna Twitter @adninroslan berkongsi lima sebab dan amalan yang menyebabkan ramai menyanjungi dan bercerita kisah-kisah yang baik tentang Allahyarham Syed Umar Mukhtar atau Abam Bocey.
Kematian Allahyarham Syed Umar Mukhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey, sangat-sangat dicemburui.
Begitu ramai yang hadir dalam sesi solat jenazah beliau, dan amat ramai orang mendoakan keampunan untuknya, dan menceritakan kebaikan-kebaikannya.
Apakah amalan beliau yang boleh kita contohi?
1. BELIAU BANYAK BERSEDEKAH
Dia banyak bantu keluarga dia. Tolong adik beradik dia kahwin. Bantu dan sedekah pada anak-anak yatim. Itu amalan yang cukup hebat!
Beliau bantu keluarga, isteri, mak, adik beradiknya, bahkan beliau juga banyak sedekah pada anak-anak yatim.
MasyaAllah.
Nabi saw bersabda:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
Semoga berkat sedekah beliau, Allah mengampuni semua dosa beliau dan meninggikan darjat beliau.
2. BELIAU RAJIN MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Beliau dikenali sebagai orang yang sering pergi majlis ilmu. MasyaAllah.
Tahukah kita, betapa besarnya ganjaran dan pahala yang Allah sediakan andai kita kerap menghadiri majlis ilmu?
Nabi saw bersabda:
“Tidaklah duduk suatu kaum(dalam satu majlis), kemudian mereka berzikir kepada Allah تَعَالىَ dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: "Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”
(HR.Ath-Thabrani)
Bermakna, ganjaran bagi orang yang menghadiri majlis ilmu ialah ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN SEMUA DOSA-DOSANYA.
Subhanallah.
3. BELIAU ANAK YANG BAIK DAN MENJAGA IBUNYA
Ketika ibunya sakit, beliau tak pernah jemu menjaga ibunya, bahkan, beliau berniat untuk membawa ibunya pergi umrah. MasyaAllah!
Tahukah kita, betapa besarnya pahala dan ganjaran menjaga ibu yang sakit, dan menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa?
Nabi saw bersabda:
Nabi saw:
"Barang siapa yang menziarahi kedua2 org tuanya, maka Allah mencatat utknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya.
Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Allah bukan sekadar menjanjikan pahala yang sangat banyak, bahkan Allah menjanjikan keampunan untuk anak yang berbakti pada ibu ayahnya.
4. BELIAU MENJAGA SOLAT 5 WAKTU
Isterinya berkata, bahawa beliau sedar akan kematian allahyarham ketika beliau sedang mengejut allahyarham solat subuh.
Kat sini kita boleh nampak bahawa mereka suami isteri amat menjaga solat 5 waktu.
Terlalu banyak pahala yang Allah janjikan untuk orang yang menjaga kewajipan solat 5 waktu.
Nabi saw bersabda:
“Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. (HR. Ahmad)
5. BELIAU SERING MEMAAFKAN ORANG LAIN
Orang kutuk badan beliau, bash beliau sini sana, menghina keluarga beliau, tapi beliau masih kekal kuat, positif dan tak putus asa memberi manfaat dan mencari rezki yang halal serta menjaga keluarganya.
Kat sini kita kena contohi kecekalan beliau. Tak putus asa walau banyak halangan.
Bukan tu je, beliau memaafkan orang yang mengutuk beliau.
Tahukah kita, apakah ganjaran untuk orang yang sering MEMAAFKAN orang lain?
Allah berfirman dalam surah Annisa' ayat 22:
"Dan hendaklah kamu memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu mahu agar Allah mengampuni kamu?"
Ulama kata, bila kita memaafkan kesalahan orang, Allah akan ampunkan dan maafkan segala dosa kita. Subhanallah.
Nampak mudah nak memaafkan, tapi susah. Sebab tu ganjarannya sangat besar.
Itulah antara kebaikan-kebaikan beliau.
Kita doakan agar Allah menerima semua amalan kebaikannya, dan mengampunkan semua dosanya, dan moga beliau ditempatkan dalan syurga tanpa hisab.
Kagum dan sebak melihat lautan orang mendoakan beliau.
Yang paling penting, kita yang masih hidup ni, contohilah segala kebaikan-kebaikan beliau.
Dan, semoga Allah matikan kita semua dalam keadaan husnul khatimah.
Wallahua'lam.
Salam takziah juga buat keluarga Allahyarham. Semoga kalian diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran, dan moga kalian sekeluarga dikumpulkan dalam syurga firdaus tanpa hisab, insyaAllah.
#AdninBERCERITA
Kredit Gambar: Twitter @adninroslan / Instagram
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Adnin Roslan menggunakan akaun Twitter @adninroslan dan mendapat hampir 32,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live