Perkongsian Dr Rozanizam Zakaria di Twitter miliknya menggunakan akaun @DrRozanizam mengenai pandemik Covid-19 yang turut membawa risiko membunuh diri.

Kenapa Covid-19 boleh sampai bawa kepada risiko bunuh diri?

Ada 3 common initial triggers.
1. Ketidakpastian (uncertainty)
2. Pengasingan sosial (social isolation)
3. Masalah ekonomi (economic problems)

Ada 5 kategori mereka yang berisiko tinggi

1. yang memang dah ada psychiatry problems
2. low resilient
3. mereka yang tinggal di kawasan berisiko
4. mereka yang ada kenalan/ahli keluarga yang terkesan
5. pekerja kesihatan

Trigger + risk akan meningkatkan risiko berlakunya:

- peningkatan gejala penyakit mental sedia ada
- kemurungan
- anxiety
- penyalahgunaan substans
- keganasan

yang akhirnya meningkatkan overall risk of sucide pada fasa covid-19

Trend yang sama dilihat sewaktu epidemik Spanish Flu dan SARS sebelum ini. Malah kajian menunjukkan kesannya lebih panjang dari fasa epidemik itu sendiri.

Ini waktu yang sukar bagi kebanyakkan orang.
Sama-sama kita main peranan.

#kitajagakita bukan sekadar hashtag.

Ambil berat orang disekeliling anda. Tanya khabar. Bantu apa yang termampu, sekalipun sekadar mendengar.

It's okay to Not be okay, but DON'T stay that way.

Seek help.

Rujukan: academic.oup.com

Kredit Gambar: Twitter @DrRozanizam

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr Rozanizam Zakaria yang menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam dan mendapat lebih 5,000 Retweet dan hampir 6,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot