Horror | Seram
#GempakSpot: Saya Nampak Dengan Mata Sendiri Seorang Lelaki Menunggang Motosikal Dan Yang Menakutkan..."
Kisah ini dihantar oleh Mimi Azfar untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Waktu itu lebih kurang jam sebelas setengah malam, saya bersama dengan keluarga baru pulang dari Pulau Pinang menuju ke Sungai Petani, Kedah. Pada waktu itu perjalanan seperti biasa, lampu jalan ada di kiri dan kanan.
Tiada apa yang menyeramkan sehingga kami lalu di satu jalan sebelum melalui plaza tol Sungai Petani. Saya duduk di bahagian tempat duduk belakang. Entah kenapa, tergerak hati saya untuk menoleh ke tepi tingkap.
Saya nampak dengan mata saya sendiri seorang lelaki sedang menunggang motosikal Honda X5 dan yang menakutkan, ada pocong sedang membonceng di tempat duduk belakang motor. Saya tak pasti sama ada dia sedar atau tidak tetapi motor yang ditunggangnya agak perlahan masa itu.
Biarpun di dalam ketakutan, tetapi disebabkan saya ingin memastikan sama ada apa yang saya lihat itu benar atau sekadar khayalan, saya memberanikan diri untuk tengok kali kedua dan ternyata benda itu masih berada di atas motor tersebut.
Waktu tu saya mula menangis dan terketar- ketar tapi disebabkan saya teringat pada pesanan kenalan saya jika ternampak diam dan jika terhidu pun diam, jadi saya diamkan diri sepanjang perjalanan di dalam kereta.
Tiba-tiba kakak saya yang berada di sebelah bertanya kenapa saya menangis ni. Saya cuma mampu menggelengkan kepala dan memberitahu tiada apa-apa.
Hinggalah keesokkannya saya demam di rumah dan ketika itu saya memberanikan diri untuk menceritakan pada kakak saya apa yang saya lihat. Rupa-rupanya dia juga nampak seperti apa yang saya nampak tapi hanya mendiamkan dirinya.
Itulah pengalaman yang menakutkan yang pernah saya lalui dalam hidup saya.
Kredit Gambar: Astro Gempak
Nota: Gambar utama sekadar hiasan
Kisah ini dikongsi oleh Mimi Azfar untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot