Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Education | Pendidikan

#GempakSpot: Sebelum Berjumpa Doktor Sakit Puan, Apa Perkara Yang Penting Untuk Anda Lakukan?

Gempak Spot 23/10/2019 | 03:40 MYT
Seorang Doktor Pakar Sakit Puan yang menggunakan akaun Twitter @aimirahayuAR berkongsi betapa pentingnya untuk setiap wanita merekodkan jadual ‘datang bulan’ atau period mereka. Ini adalah perkongsian beliau di Twitter.
Sebelum berjumpa Doktor Sakit Puan,
Anda ada masalah sakit puan contoh period panjang sangat, banyak sampai bocor kat sekolah (pengalaman tu!), ada orang period tak datang pun ada.
Ada lagi teringin nak ada anak tapi dah lama kahwin, tak mengandung lagi.
Mari saya kongsikan apa yang anda nak kena sediakan sebelum datang berjumpa Doktor di klinik sakit puan.
Kalendar sejarah period
Dalam ramai-ramai wanita yang saya jumpa di klinik, berapa ramai yang rekodkan kalendar period dia? Seciput saja. Penting sangat-sangat ni tau. Sebab apa?
Orang nak mengandung, orang nak jarakkan kehamilan, nak tunjuk masalah period panjang atau banyak, tak ada period langsung dan sebagainya, Doktor nak tengok kalendar period ni.
Jangan tak tahu, walaupun ada masalah di atas, sikit sangat yang tandakan hari pertama period setiap kali, saya tak tulis setiap bulan sebab apa? Orang yang ada masalah period kebanyakannya period dia tak datang setiap bulan pun, ada langkau-langkau bulan selalunya.
Penting sangat anda mula tanda hari pertama ni, bahasa perubatan kita panggil Last Menstrual Period (LMP).
Doktor nak bantu pun mudah. Biasa cakap period akhir sekali bulan Julai 2019, Julai ada 31 hari dik, awal ke tengah ke akhir ke.
Lagi-lagi bila ada kes keguguran atau kehamilan. Masa tu la rasa nak bertukar jadi Nujum Mak Belalang. Boleh tahu jawapan dalam air.
Nak tanda kat mana?
Boleh guna pelbagai aplikasi di telefon pintar atau susah-susah pakai je kalendar tradisional macam ni. Comel kan! Lepas ni tak ada dah alasan tak tanda period kat kalendar. Doktor jumpa pun senang nak tolong kaum wanita sekalian.
#MedTweetMY #NittyGrittyOnG #AimiGYN #DoktorBidan
Nota: Pengguna Twitter turut berkongsi beberapa aplikasi percuma yang boleh dimuat turun oleh mereka yang memerlukan.
Kredit Gambar: Google / Twitter
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Aimi AR menggunakan akaun Twitter @aimirahayuAR dan mendapat hampir 5,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#Kesihatan #GempakSpot #Sakit Puan
;