Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Sedekah Ialah Memberikan Sesuatu Yang Sudah Kita Miliki"
Baca perkongsian pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @najmihakimi_ tentang sedekah bacaan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi mengadap Illahi, dalam masyarakat kita.
Antara amalan yang sering diamalkan oleh kebanyakan masyarakat apabila mendengar berita tentang kematian adalah membaca al-Fātihah.
Contohnya :
“Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada sekian..”
Persoalannya, adakah perbuatan itu suruhan agama?
Bebenang ringkas.
Sebenarnya, perbuatan membaca al-Fatihah kepada si mati atau menyedekahkan pahala bacaan kepada si mati tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah ﷺ. Juga bukan amalan para sahabat dan salaf al-sālih terdahulu.
Tiada satu hadīth pun yang meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ dan para sahabat pernah melakukan sedemikian, yakni menyedekahkan al-fatihah kepada si mati.
Sampai tak sampai, bukan isunya.
Isunya adalah amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Baginda ﷺ.
Sedekah ialah memberikan sesuatu yang sudah kita miliki.
Adapun, pahala bacaan al-fatihah belum tentu dimiliki oleh kita kerana boleh jadi ianya ditolak oleh Allah kerana didalamnya terselit riya’ atau salah sebutan bacaan sehingga lari maknanya.
Apa cara yang Rasulullah ﷺ ajarkan kepada kita apabila mendengar berita kematian?
1) Mendoakan si mati.
Antara contoh doa :
“ Ya Allah, ampunilah dia dan gantikanlah bagi kami dengan ganti yang baik”
(Abu Dāwud)
2) Mengucapkan,
إنا لله وإنا إليه راجعون
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali”
|2:156|
Jadi, sepatutnya kita mengikut cara yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ dan apa yang telah dinyatakan didalam al-Qur’an.
Kita perlu sedar, setiap amalan yang kelihatan baik tetapi tidak dilakukan oleh Rasul dan para sahabat pastinya tertolak atau tidak benar.
Kerana jika ianya perkara baik, sudah pasti mereka yang paling awal mendahului kita.
Mengenai pahala bacaan doa kepada si mati, jumhur mengatakan membaca doa dan bersedekah untuk si mati inshaallah sampai.
Maksudnya, ada kebaikan diperoleh si mati hasil doa itu.
Thābit daripada hadīth riwayat muslim, dimana Nabi ﷺ berdoa dan memberi salam kepada ahli kubur apabila melalui kawasan perkuburan.
Jika ada yang tetap mahu melakukan amalan membaca Al-Fatihah dan menyedekahkan kepada si mati, janganlah dicela atau dilemparkan sebarang tuduhan.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi pengguna menggunakan akaun Twitter @najmihakimi_ dan mendapat lebih 1,000 Retweet dan lebih 2,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot