Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @najihahfara tentang anak-anak yang tak dijaga secara baik oleh ibu bapa apabila membawa mereka keluar bersama ke tempat membeli belah.

Maaf ya, kalau bawa anak-anak pergi ke mall, tolong jaga dan kawal sikit anak-anak anda ya.

Semalam aku pergi beli barang-barang keperluan dapur, elok je dua orang budak buka aiskrim tu dan letak jari mereka dalam tu.

Selagi lagi maaf, aku terus beritahu pekerja di situ dan mak dia jegil mata kat aku. So what, takkan nak bagi orang lain yang beli makan bekas jilat anak kau. Yucks!

Kemudian anak dia kupil plastik gula masa aku tengah ambil gula. Aku pulak jegil kat anak dia. Mak dia terus pukul anak dia. Bapaknya ada, tolak troli sambil makan angin. Apa pun tak boleh.

Daripada pandangan aku sebagai pelanggan dan pengguna, anda perlu bayar untuk barangan yang telah dirosakkan. Pengeluar dah hantar barangan dalam keadaan elok, pengedar dah jaga elok, sekali dapat pada pelanggan tak elok.



Maaf, sangat tak okay. Tolong ajar anak-anak anda. Aku juga akan didik anak aku.

Jadi suami, bergunalah sikit. Kalau rasa suami tak berapa nak membantu, sekolahkan saja. Nak muliakan suami pun ada cara.

Bukan sampai menyusahkan isteri. Anak tu didikan daripada ibu bapa. Kau boleh bayangkan pekerja dia kena jawab dan bayar harga kerosakan tu nanti?

Big no! Fikirlah.

Done bitter sebab sejak budak-budak dah boleh masuk mall ni, banyak pulak benda yang sakit mata aku tengok.



Dua minggu lepas ada budak pergi picit-picit manggis dan pisang. Aku pulak rasa nak picit-picit dia. Lepas tu kena marah dengan pekerja. Maaf budak dan ibu bapa budak, memang layakpun kena marah.

Ya faham, budak-budak dah tiga bulan lebih tak keluar rumah. Tapi tak bermaksud boleh main barangan dalam kedai sampai merosakkan kualiti dia, ya.

Nak main, suruh mak beli, picit kat rumah sampai lunyai, okay kids.

*Nota: Gambar utama hanyalah hiasan semata-mata.

Kredit Gambar: Google

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @najihahfara dan mendapat lebih 12,000 Retweet dan lebih 9,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.