Romance | Cinta

#GempakSpot: "Sekarang Aku Tahu Mengapa Lelaki Dan Wanita Tak Boleh Jadi Sahabat Baik!"

gempak
Gempak Spot
10/08/2020
03:45 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Sekarang Aku Tahu Mengapa Lelaki Dan Wanita Tak Boleh Jadi Sahabat Baik!"
Kisah ini dihantar oleh Nikkie Mickeyy untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Lelaki dan wanita tak boleh jadi sahabat baik? Ini adalah pengalaman aku sendirilah. Aku ada enam orang kawan baik, dua orang perempuan dan empat orang lelaki. Nama grup kita orang adalah F7. Aku paling rapat dengan kawan lelaki aku yang lahir sama bulan dengan aku.
Sebenarnya aku dah lama kenal dia dari darjah 1 lagi tapi entahlah macam mana boleh 'fall in love' dengan dia ni. Kami tujuh sahabat bermula sama-sama masa 2019 sebab duduk satu meja. Tak lama pun duduk satu meja, enam bulan macam tu, lepas tu rombak balik masa 2020.
Tempat duduk aku dengan kawan baik lelaki yang aku suka tu duduk berdepan dengan aku. Dia suka kacau aku. Kadang-kadang merajuk juga aku di buatnya. Sudah aku merajuk dia mesti akan pujuk. Aku suka dia sebab dia penyayang, pandai jaga hati perempuan dan juga tahu jaga batas.
Gila kalau tak suka lelaki macam tu, tapi sebelum tu berbalik pada cuti akhir tahun 2019. Sebenarnya masa tu aku mengakulah tentang perasaan aku pada dia. Seperti korang fikirkan, ya jawapannya memang menyakitkan. Aku memang boleh agaklah jawapan dia tu.
Selang beberapa hari kita orang tak ada chat langsung sebab rasa pelik sangat, tapi aku beranikan diri juga untuk chat dia dan kata kat dia yang aku ni tak nak bercintapun dengan dia. Aku cuma luahkan perasaan. Okay sekarang fokus kat bahagian sini.
Mungkin dia rasa yang dah aku okey dah, jadi dia cerita pasal awek dia. Aku layankan jelah biarpun dalam hati aku sakit sangat. Dia ni kuat berahsia walaupun aku yang dah lama kawan dengan dia ni tak tau yang dia ni pernah ada kekasih atau tidak.
Sekarang kembali ke 2020. Sejak aku mengaku ada perasaan dengan dia, perangai dia berubah. Dia selalu moody, panas baran dan sombong sikit, kadangkala macam aku nak tampar je. Masa cuti PKP tu aku sedar sesuatu. Aku ni sepatutnya jadi kawan saja dengan best friend lelaki aku tu, jadi kenapa aku boleh suka dia?
Nak tau kenapa? Sebab lelaki mungkin anggap kita ni sebagai kawan rapat perempuan jadi mesti kita akan nampak perangai dia yang kita tak sangka-sangka akan ada dalam diri mereka. Perangai dia lebih manja dengan kita sebab kita ni best friend dia.
Jadi cuti PKPB empat bulan lebih tu aku dah move on pun dari dia tapi bermula buka sekolah aku tak layan dia. Jadi masa aku masuk kelas, dia datang kat depan aku dan dia tunduk ke bawah, maklumlah kitakan pendek je. Kemudian dia 'kata kau marahkah sama aku?' Perghhh, aku kat situ dan cair dan kawan aku kata pipi aku nampak merah. Jadi aku lari jelah tanpa jawab soalan dia.
Korang faham tak cerita aku ni? Sampai sekarang aku belum move on dengan dia. Aku tengah berebut dia dari musuh ketat aku! Kalau korang suka artikel ni, terima kasih kerana membacanya.
Kredit Gambar: Google
Nota: Gambar utama sekadar hiasan
Kisah ini dikongsi oleh Nikkie Mickeyy untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live