Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: Seorang Ibu Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Kegembiraan Dan Kejayaan Anak-Anak Mereka
Perkongsian seorang pengguna Twitter Nas yang menggunakan akaun Twitter @NasSuha_ tentang ibunya yang sanggup membelikan hadiah untuk memastikan dia tidak kecewa dengan dirinya. Kisah yang dikongsi dalam Bahasa Inggeris telah kami terjemahkan ke Bahasa Malaysia sebaik mungkin.
Ketika aku masih kanak-kanak, aku selalu masuk pertandingan melukis KFC Fun Club di TV3. Aku hantar penyertaan beberapa kali dan Mak aku adalah orang yang akan tolong poskannya. Hinggalah suatu hari Mak pulang ke rumah dengan membawa satu hamper besar bersama beberapa permainan. Kata Mak, aku menang pertandingan melukis tersebut!
Aku sangat gembira ketika itu hinggalah...
Bertahun-tahun kemudian, satu hari pada 2018, Makcik aku beritahu bahawa aku tak pernah menang sebarang pertandingan. Mak aku sebenarnya yang belikan semua hadiah tersebut.
Aku tak tahu nak kata apa.
Tapi, dalam hati aku gembira dengan apa yang Mak aku buat untuk aku.
Kerana apa yang Mak aku lakukan ketika itu meninggalkan kesan yang sangat besar kepada siapa aku pada hari ini. Aku masih lagi melukis dan ianya menjadi punca pendapatan utama untuk aku.
Ianya menjadi sesuatu yang aku sangat minati.
Banyak peluang besar yang datang tak putus-putus dan aku sangat gembira dapat menghasilkan seni yang aku minati.
Hingga ke hari ini, aku tak pernah ungkitkan perkara yang berlaku pada Mak. Aku simpan sendiri dan aku gembira dapat menyimpan rahsia tersebut bertahun lamanya yang pasti dia tidak tahu aku sudah mengetahuinya.
Malah ianya menjadi satu inspirasi buat aku untuk melakukan sesuatu yang hebat seperti itu untuk anak-anak aku.
Terima kasih Mak.
Disember lalu, aku dapat hadiahkan Mak dengan TV 50' baru dan Air Fryer dengan duit yang aku dapat hasil daripada seni dan lukisan aku.
Setakat ini dia sangat gembira dan sekarang dah bagi 'petunjuk' untuk barang seterusnya iaitu vakum Dyson.
This one was a huge drawing i made for Perhilitan, one of my proudest creation.pic.twitter.com/sXWLxS6cZM— Nas (@NasSuha_) January 23, 2020
A drawing i made for a contest during Merdeka 2018 celebration.pic.twitter.com/UosUXVClNM— Nas (@NasSuha_) January 23, 2020
Kredit Gambar/video: Twitter @NasSuha_This one i made for a contest during Merdeka 2019 celebration.pic.twitter.com/crNSAYi8O1— Nas (@NasSuha_) January 23, 2020
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Nas menggunakan akaun Twitter @NasSuha_ dan mendapat hampir 20,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video