Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Sesat Di Hutan, Cari Banir"

gempak
Gempak Spot
03/07/2020
03:39 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Sesat Di Hutan, Cari Banir"
Perkongsian asal cerita ini dikongsikan oleh dolinik roslan, dan kemudiannya dikongsikan kembali oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @TravelJimat. Ilmu yang berguna jika anda sukakan aktiviti masuk hutan.
Korang yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ni kan?
Untuk makluman anda, benda ini dipanggil Banir.
Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.
Bagaimana caranya untuk menghantar isyarat kecemasan / meminta bantuan menggunakan Banir ini?
Ikut langkah-langkah dibawah:
1. Pegang parang / batang kayu sederhana besar di tangan
2. Ketuk bahagian atas Banir menggunakan belakang parang / batang kayu sederhana besar dengan kuat
3. Ulangi ketukan sebanyak dua kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain.
4. Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu?
Kredit Asal: dolinik roslan
Kredit Gambar: dolinik roslan / @TravelJimat
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @TravelJimat dan mendapat hampir 11,000 Retweet dan lebih 10,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live