Kesihatan | Health
#GempakSpot: "Setiap Dari Kita Ada Satu Nyawa & Kami Juga Ada Keluarga" - Doktor Kongsi Rakan Bekerja 17 Hari Tanpa Henti
Perkongsian Dr. Ng Chun Sien yang bertugas di Hospital Negeri Sarawak. Mungkin ianya mampu menjadi iktibar untuk kita semua. Bantulah mereka dengan duduk di rumah.
Hai Semua, nama saya Dr. Ng Chun Sien. Saya adalah ID MO yang mengetuai sepenuhnya wad ID, Sarawak General Hospital.
Hari ini adalah malam ke 11 saya di wad ID. Rakan setugas saya dibenarkan berehat selama tiga hari selamat berada di was ID selama 17 malam berturut-turut, jadi saya keseorangan hari ini.
Saya harap dia dapat rehat yang cukup sebelum kembali ke medan 'perang'.
Kami sudah bersiap sedia sejak Januari 2020 sebelum Tahun Baru Cina. Dengan diketuai oleh konsultan ID kami yang sangat dikagumi, kami pastikan hospital berada di dalam keadaan bersedia dengan pandemik Covid- 19.
Pada awalnya, ramai pihak yang tidak yakin bahawa ianya akan menjadi seburuk sekarang ini. Kami tidak menerima banyak sokongan, tetapi kami buat apa yang terbaik dan unit ID kami telah bersedia sebelum lock down di Wuhan.
Kami pastikan terdapat cukup bilik untuk 'negative pressure, cukup PPE dan PAPR, serta staf yang berdikasi yang secara sukarela sejak akhir Januari 2020.
Konsultan-konsultan kami telah membuat yang terbaik untuk berkomunikasi dengan pihak atasan supaya seluruh Sarawak melakukan perkara yang betul termasuklah melarang daripada melancong dan bergerak jauh.
Walau bagaimanapun, kami underestimate jumlah kes yang berlaku, seperti mana yang anda semua tahu dalam masa dua minggu sebelum ini. Bukannya kami tidak bersedia, tetapi kami tidak mempunyai cukup sumber untuk melakukannya.
Pada 12 Mac 2020, sejam selepas Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan tentang Covid pertama daripada Tabligh, saya memberitahu yang tersayang yang saya akan ke sana, esok akan menjadi permulaan kepada bencana, saya diperlukan dan saya telah melakukannya selama sebulan sebelum ini.
Saya tak dapat pulang ke rumah dan saya akan berada di wad kerana saya tidak mahu memberikan risiko pada anda.
Malam itu kami membeli keperluan dapur dan bersedia untuk waktu 'berperang' yang panjang. Dan hari ini saya menghabiskan hari ke 11 di wad. 'Peperangan' ini tidak akan habis dalam masa terdekat.
Ini adalah tugas saya dan saya sedikitpun tidak berasa menyesal melakukannya. Tetapi sumber kita terbatas, petugas-petugas juga terbatas, dan setiap daripada kita hanya punya satu nyawa dan kami juga ada keluarga.
Jadi tolonglah duduk di rumah. Anda boleh beribadat di rumah, anda boleh masak dan makan di rumah, anda boleh menghabiskan masa yang berharga bersama keluarga di rumah.
Anda boleh menasihati keluarga dan kawan-kawan untuk berada di rumah. Dengan berada di rumah, anda membantu kami semua, anda membantu Sarawak, anda membantu Malaysia.
Kredit Gambar: Doktor Ng Chun Sien / Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Dr Ng Chun Sien dan ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com