Seorang penguna Twitter, Faisal Hussamuddin berkongsi gambar-gambar indah yang diambilnya ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isteri. Faisal yang juga merupakan pembikin filem dan jurugambar berkongsi di akaun Twitternya, @faisalmaps.

Hari ni kita belanja wife kita stay di hotel terbaru di Georgetown, Prestige Hotel Penang. Wife kita memang happy betul dapat stay hotel premium macam ni sempena anniversary kami, dapat selfie banyak!



Paling best shower tengah-tengah bilik dia sebab partner boleh tengok kita mandi.



Tempat breakfast dia memang cantik, selection makanan pun padu. Siapa stay sini kalau nak add on breakfast RM20 setiap seorang.



Port² Instaworthy dalam Hotel.



Rooftop ada infinity swimming pool overlooking Penang Ferry port!



Main entrance hotel ni pun dah cantik.



Toilet dia nasib baik tertutup ada pintu sebelah pintu masuk bilik.



Harga sesuailah dengan hotel tapi bukan biasa-biasalah. RM300/semalam.

Kredit Gambar: Faisal Hussamuddin Twitter @faisalmaps

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Faisal Hussamuddin menggunakan akaun Twitter @faisalmaps. Perkongsian beliau mendapat hampir 9,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]