Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Tahun Baru Cina Ini, Keluarga Mereka Menyambutnya Dengan Kemeriahan Yang Berbeza" - Mohd Fadli Salleh

gempak
Gempak Spot
29/01/2020
02:14 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Tahun Baru Cina Ini, Keluarga Mereka Menyambutnya Dengan Kemeriahan Yang Berbeza" - Mohd Fadli Salleh
Baca perkongsian seorang guru Mohd Fadli Salleh yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan. Semoga kita akan ada lebih ramai insan yang berhati mulia seperti Mohd Fadli Salleh ini.
"Cikgu. Saya Kak Yati dari PPR xxxx. Ada satu keluarga Cina di sini setiap hari datang tumpang mandi rumah saya sebelum ke sekolah. Boleh ke cikgu bantu keluarga ni?"
"Bak alamat. Kalau kebetulan saya free saya pergi," balas aku.
Kebetulan akhir tahun lepas sempat aku ke sana. Melihat sendiri satu keluarga dari bangsa berbeza dengan aku, dari agama yang tidak pun sama.
Rumah mereka bagai tongkang pecah. Eh tak. Tongkang pecah lagi elok. Si ayah tak boleh kerja berat, ada beberapa penyakit yang agak kronik. Hanya isterinya yang kerja sebagai cleaner di sebuah hotel di Ampang.
Anak-anak mereka masih bersekolah. Comel-comel semuanya. Datang bersalam dengan aku dan kami borak macam ayam dan itik. Haha.
Air rumah dipotong akibat tak mampu nak bayar sewa rumah. Tertunggak hingga beribu bahkan notis keluar rumah pun dah sampai.
Walau mereka miskin, pendidikan anak-anak mereka tak abaikan. Waktu aku sampai, dua anak mereka tiada di rumah. Pergi kelas tambahan percuma yang dianjurkan oleh persatuan penduduk.
Setelah duduk dan berborak, aku putuskan aku perlu bantu keluarga ini. Keluar dari sampah sarap, bantu agar sekurangnya mereka mendapat bekalan air bersih.
Kak Yati menjadi orang tengah. Tukang runding dengan pengurusan PPR, tukang memberi laporan. Akhirnya kami berjaya deal untuk air disambung semula dengan syarat bayaran sewa rumah perlu berganda.
Air dah settle, tiba masa nak buang semua sampah sarap yang ayah dia sayangi. Semua sampah itu ayah dia kutip, katanya nak recycle. Katanya boleh buat duit.
Tapi itulah, rumah mereka pun tingkat 11. Apa ke gila nak bawa naik turun sampah setiap hari. Dah tu asyik kumpul bertahun tak pernah jual.
Aku terus minta bantuan team gerilla Dana Kita dengan Sir Muhammad Irwan. Dia ramai budak-budak yang boleh disuruh bila-bila masa.
Maka team Gerilla Dana Kita turun padang dua minggu bergotong royong bersihkan rumah uncle ini. 3 lori sampah diperlukan untuk bersihkan tau. Fuh, mujur ada team Gerilla ni.
Dan hari ini, rumah mereka telah ada bekalan air bersih. Bebas dari sampah sarap. Dinding kami cat semula. Tingkap dipasang langsir. Lantai diletak tikar. Bantal dan tilam baru juga diberi.
Sempena Perayaan Tahun Baru Cina kali ini, keluarga mereka dapat menyambutnya dengan kemeriahan yang sangat berbeza. Yang sudah bertahun-tahun mereka tidak kecapi. Yang bertahun-tahun tiada siapa peduli.
Tidak kisah apa agama mereka. Apa pula bangsa mereka. Namun mereka tengah susah, mereka tengah tersepit, mereka tengah memerlukan pertolongan dan bantuan.
Dan selagi mampu, aku dan Dana Kita akan cuba membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Happy Chinese New Year uncle!
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
#DanaKITA #MFS
Kredit Gambar: Facebook Mohd Fadli Salleh
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh dan mendapat lebih 33,000 Likes dan hampir 7,000 perkongsian. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live