Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Education | Pendidikan

#GempakSpot: “Tips Kepada Orang Bujang, Teruna & Dara”

Gempak Spot 14/01/2021 | 03:36 MYT
Perkongsian seorang pengguna Twitter Hilal Asyraf menggunakan akaun Twitter @HilalAsyraf tentang tips kepada mereka yang masih bujang dalam mencari pasangan hidup masing-masing.
Kalau ada tips saya boleh nak beri kepada orang bujang, teruna & dara, saya nak cakap fasal jangan terlalu ada jangkaan atau pengharapan yang berlebihan sangat.
Ingat benda asas.
Suami bukan malaikat,
isteri bukan bidadari,
kalian hidup di dunia,
bukan di syurga.
Pernikahan hanyalah gerbang,
rumah tangga itulah dunia kalian,
jangan terlalu berfantasi,
berpijaklah di atas realiti.
Nak harap yang baik, bagus, tak pernah salah. Tapi ingat sahajalah kita ni tak sempurna, pasangan kita pun sama juga.
Dua-dua kena ada sabar, kesefahaman.
Dua-dua kena bijak berkomunikasi.
Jangan terlalu memintak sangat nak begitu nak begini, nak dilayan begitu nak dilayan begini.
Dua-dua kena latih diri ada tolak ansur, dan sama-sama kena ada lapang dada.
Apa kurang maafkanlah.
Apa lebih hargai.
Apa tak elok perlahan-lahan baiki.
Rumah tangga ni asasnya kena jelas. Kita bukan nak cari pelayan, atau nak cari pengganti mak ayah, atau nak cari kawan serumah saja.
Rumah tangga ni nak bina ummat. Nak bina masyarakat ke arah yang Allah redhai. Bermula dari rumah kita.
Bukan semata nak memenuhi kehendak diri.
InsyaAllah kalau kita ada wawasan besar yang dikongsi bersama, samudera rumah tangga tu akan dapat kita harungi badainya.
Saya doakan rakan-rakan mendapat kebahagiaan berumah tangga.
Tapi pada masa yang sama, kita muhasabah diri dan pertingkatkan lagi kualiti peribadi.
Ambillah ayat ni sebagai bekal semenjak bujang.
Motivasi & semangat untuk banyak fokus kepada membina kemampuan agar dapat memikul tanggungjawab yang besar bila berumah tangga kelak.
Kongsikan dengan bakal pasangan supaya hal ini jadi misi kalian bersama.
Cinta sampai syurga!
Kredit Gambar: Danu Hidayatur Rahman
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter Hilal Asyraf menggunakan akaun Twitter @HilalAsyraf dan mendapat lebih 11,000 Retweet serta lebih 17,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
#Tips #GempakSpot #Cari Pasangan #Orang Bujang
;