Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Tolong Beri Kerjasama Pada Jururawat-Jururawat Kami" - Dr Nimelesh

gempak
Gempak Spot
22/01/2020
08:01 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Tolong Beri Kerjasama Pada Jururawat-Jururawat Kami" - Dr Nimelesh
Perkongsian Dr. Nimelesh di Twitter menggunakan akaun @HausofHilton untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak tentang betapa pentingnya lawatan jururawat ke rumah.
Kisah Benar.
Jururawat saya pergi untuk lawatan rumah seorang ibu yang baru bersalin.
Terkejut beliau melihat seorang bayi berumur 14 hari yang amat kurus. Bayi tersebut juga kelihatan kuning.
Nenek memberitahu yang bayi tersebut muntah untuk beberapa hari setiap kali selepas menyusu, tetapi mereka tidak membawa untuk rawatan di mana mana klinik / hospital.
Selepas panggil saya, kami terus rujuk bayi tersebut kepada hospital dengan segera.
Seperti yang disangka, bayi tersebut mempunyai "biliary atresia" - masalah dengan sistem hempedu yang akan menyebabkan kegagalan hati.
Bayi tersebut dirujuk kepada doktor bedah di Hospital Besar dan pembedahan dilakukan dengan serta merta.
Bayi tersebut sembuh dan sekarang seperti budak lain.
Kalaulah jururawat tak melawat rumah hari tersebut, entah apa yang akan berlaku.
Sekiranya penyakit dikesan lambat dan pembedahan gagal, hanya pemindahan hati yang dapat merawat.
Kajian menunjukan 40% kes kematian kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah adalah dalam tempoh "neonatal" (28 hari pertama selepas kelahiran)
Bersyukur kami menyediakan perkhidmatan kesihatan di rumah bagi ibu baru bersalin dan bayi.
Tolong beri kerjasama kepada jururawat-jururawat kami.
Kami ingin yang terbaik untuk anda dan anak anda.
P.S: Sekiranya bayi anda kuning, tolong pantau warna najis dan kencing bayi.
Kalau warna najis pucat macam dalam gambar di bawah (bahagian suspect stool) atau warna kencing gelap macam air teh, tolong ke klinik dengan segera.
Kredit Gambar: Twitter @HausofHilton
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Nimelesh menggunakan akaun Twitter @HausofHilton dan mendapat lebih 2,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live