Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: "Tolong Melapah Dari Pagi Sampai Tengahari Tak Bermakna Ada Hak Atas Daging Korban"

Gempak Spot
30/07/2020 10:06 MYT
Perkongsian pengguna Twitter Faisal Rahim menggunakan akaun Twitter @acaiijawe tentang ibadah korban serta isu daging korban kepada penyembelih dan pelapah daging.

ISU DAGING KORBAN.

Tahukah anda, kalau ambil daging korban tanpa maklumkan kepada pemiliknya, ia boleh jadi HARAM kerana MENCURI.

Ramai masih tak faham, daging korban adalah MILIK penama 100%. Kalau mereka nak bersedekah baru kita boleh ambil.

Dengan korang tolong melapah dari pagi sampai tengahari, tidak bermakna korang ada hak atas daging korban tu.

Hatta bulunya sekalipun.


Malah orang yang berkorban BOLEH AMBIL 100% DAGING KORBAN MILIKNYA tanpa bagi kepada sesiapapun.

Itu hak mereka. Ini basic yang semua kena tahu.

Orang kita ni, kadangkala ketika tolong melapah dah pandai-pandai bahagi sesama mereka. Nak ambil ekor, kaki, kepala, usus dan sebagainya.

Ada yang siap sorok daging. Padahal orang yang berkorban kadangkala belum bagi kebenaran.

Mereka itulah PENCURI DAGING dan HARAM DAGING yang dimakan.

Sahabat, takutlah makan benda yang HARAM. Kena berhati-hati sangat bab makanan ini.

Ramai anggap benda ni REMEH, padahal ia satu yang besar.



Mungkin dari 7 bahagian, ada 4 orang yang nak ambil daging untuk keluarga dan kerabatnya, bahagian tu kita tak boleh ambil langsung.

Sebab tu digalakkan, masjid bagi UPAH DUIT untuk siapa yang bekerja melapah. Sama macam tukang sembelih korban.

Ada hadis sahih dalam bab ini.

Bukannya dapat daging campur tulang lebih sebab melapah! Daging korban TAK BOLEH DIJADIKAN UPAH. Ia bukan untuk dijual (bayar dengan tenaga).



Jadi takkan tak boleh bagi daging kepada tukang lapah?

Boleh. Tapi sepatutnya tukang lapah ni tak ada beza dapat daging dengan orang lain.

Melainkan mereka asnaf dan pemilik daging memang akan beri lebih kepada mereka walau mereka tak tolong sekalipun.

Sekali lagi dalil dalam perkara ini jelas.



Hukum sembelihan korban sama seperti hukum sembelihan haji. Daging dan kulitnya tidak boleh dijual dan tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya.

Semua ulama sepakat perkara ini. Wallahualam.

Kredit Gambar: Twitter @acaiijawe

Kisah ini dikongsi pengguna Twitter Faisal Rahim menggunakan akaun Twitter @acaiijawe dan mendapat lebih 9,000 Retweet dan lebih 6,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot

#GempakSpot #Daging Korban #Pelapah
;