Perkongsian oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam mengenai segelintir individu yang memberikan komen atau nasihat di luar bidang yang berkaitan dengan profesion mereka terutamanya dari bidang perubatan.

Mengucap panjang saya menonton video insta seorang influencer yang juga academician berstatus professor yang memberi komen tentang seorang pesakit anxiety dengan statement:

"Stop the medication! Jangan percaya!"

Maaf, saya rasa kenyataan tersebut sangat tidak wajar. Terutama dari seorang yang ingin menyebarkan kebaikan.

Walaupun saya pakar psikiatri, saya takkan sesekali komen rawatan pesakit saya yg tidak berkait dengan bidang saya. Kita perlu hormati bidang ilmu dan profesionalism.

Ia juga menyalahi etika sebagai seorang pengamal perubatan.

Dan lebih teruk lagi, ia membawa stigma terhadap pesakit anxiety, seolah-olah mereka yang mengambil ubat itu tidak positif, tidak kuat, tidak percaya Tuhan dan seangkatan dengannya.

Sekiranya ada pesakit yang mengikuti nasihat suruh berhenti ubat tersebut gejalanya makin teruk dan kemudian menjadi suicidal.

Siapa agaknya yang nak bertanggungjawab dengan akibat dinasihat dengan cara tersebut?

Tak salah nak sebar kebaikan dengan menyemai positivity. Tapi biarlah dengan hikmah. Ada tempat kita bantu dengan fikiran positif, ada situasi kita perlu rawat.

Saya komen secara spesifik isu menasihati pesakit di luar batasan kepakaran kita. Isu ini penting difahami sebab implikasinya serius, terutama kepada pesakit psikiatri.

Saya tidak menggalakkan kita menyerang peribadi. Setiap orang ada kebaikan dan kelemahan. Fitrah kita manusia.

Saya doakan kita semua terpelihara oleh Allah dari kejahilan.

Kredit Gambar: Elijah O'Donnell

Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.

Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria menggunakan akaun Twitter @DrRozanizam dan mendapat lebih 7,000 Retweet serta hampir 11,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.