Aku pun pernah duduk bawah pentadbir yang bukan-bukan. Yang tak reti jadi leader dan sebagainya. Tapi untuk waris begini punya ramai berkumpul desak pengetua ditukarkan, is another level lah. Mesti ada something wrong dengan pengetua tu. Patut check apa masalah dia dan macamana boleh jadi pengetua.

Pengetua ni memang nakhoda untuk keseluruhan sekolah. Bagus atau tidak seseorang pengetua tu yang menentukan bagus atau tidak guru-guru serta murid-murid di sekolah beliau. Tolonglah lantik manusia-manusia yang layak dan berjenis sikit untuk pegang jawatan pengetua. Bukan kroni.



Faham kalau pengetua semua berebut mengejar kecemerlangan prestasi dan sekolah. Faham nak menang award itu ini. Tapi jangan sampai hilang nilai kemanusiaan. Bila hilang, maka robohlah sokongan. Kita sama-sama makan gaji dari KPM, guru-guru bukan hamba abdi pengetua.

Bekerjalah bersama-sama, bukan arah itu ini sahaja. Apalah guna jadi ketua kalau tiada sokongan dan bantuan dari orang bawahan. Kapal yang besar tak akan terkayuh dengan sendirinya. Bila semua orang terjun, karamlah sorang-sorang tengah lautan.

Jadi ketua atau pentadbir dalam mana-mana jabatan pun kejarlah penghormatan dari semua golongan. Kalau sekadar nak tunjuk power nak mengharapkan orang takut, tak kemana. Jawatan tak akan ubah hakikat kita sebagai manusia. Tulang dan daging yang tiap-tiap hari makan nasi bukan besi.

Kredit Video / Gambar: Twitter @CikguPuaka

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @CikguPuaka dan mendapat lebih 3,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]