,
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: Eida Moin Risau Melatah Atas Pentas, Tersebut Benda ‘Bukan-Bukan’

Fiza Kamarudin
21/10/2021
06:33 MYT
Pelakon dan penyanyi Eida Moin akui bimbang tabiat melatahnya di bawa ke pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.
Eida berkata, dia turut berasa bimbang jika melatah berlebihan sehingga menyebut sesuatu yang tidak sepatutnya.
“Saya sebenarnya risau kalau-kalau di atas pentas saya melatah berlebih-lebihan sampai tersebut benda bukan-bukan atau tidak sepatutnya.
“Lagi-lagi program itu disiarkan secara langsung. Tapi saya harap itu tidak berlakulah, risau betul,” katanya ketawa.
Tambah Eida lagi, dia juga risau sekiranya dianggap ‘buat-buat’ melatah dan menggunakan kelemahan dirinya itu sebagai kelebihan di atas pentas.
“Minggu lalu juri ada tegur berkenaan perkara tersebut, tetapi kami kumpulan Otai juga ada berbincang mengenainya.
“Saya yakin kepada Azlee dan Acong kerana mereka bukan baru di pentas MLM ini. Tapi jujur saya katakan saya memang risau, takut orang kata saya ‘buat-buat’ melatah dan jadikan ia sebagai modal, sedangkan benda tu berlaku secara spontan.
“Apapun itulah cabaran yang perlu saya hadapi di pentas MLM 2021” katanya.
Ditanya mengapa dia bersetuju untuk menyertai MLM 2021, Ieda berkata dia mahu mencari pengalaman baru.
“Saya bukan seorang pelawak sebab itu sejak 2011 bila produksi tawarkan untuk saya menyertai MLM, saya tolak.
“Saya tak yakin dan tak berani. Begitu juga dengan Muzikal Lawak Superstar, saya tolak juga sebab rasa tak mampu nak buat persembahan secara live atas pentas.
“Tapi akhirnya saya bersetuju selepas Acong dan Azlee meyakinkan saya dan Alhamdulillah, selepas persembahan pertama saya berasa lega walaupun tak sangka ia menjadi pada awalnya,” katanya.
Jangan lupa saksikan MLM 2021 setiap Jumaat, bermula 9 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti pertandingan komedi yang dinantikan ramai ini bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

VIDEO: “Perlahan-Lahan Dia Tarik Untuk Berhijrah…” - Lebih 20 Tahun Berkawan, Ieda Moin Syukur Ada Noorkhiriah

gempak
19/07/2023
00:45 MYT
Jangan lepaskan kawan yang baik macam ni tau.
Laman Utama

"Maklumlah Zaman Stress..” - Ieda Moin Luah Pendapat, Orang Sekarang Lebih Suka Filem Santai & Ringan

gempak
29/08/2022
04:25 MYT
Filem komedi seram.
Laman Utama

Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”

gempak
21/12/2021
12:22 MYT
Diam-diam je dia...Tahniah Zahid & isteri...
Laman Utama

Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

gempak
21/12/2021
09:20 MYT
Semoga Iris cepat sembuh...Stay strong Mamak!
Gegar Vaganza 2021

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur...Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat...”

gempak
20/12/2021
01:43 MYT
Rezeki...Tahniah Ali!
BorakSeeni