“Mula-mula kongsi kek, lama-lama kongsi kasih”, itu antara gurauan wargamaya apabila pelakon Zara Zya memuat naik satu klip pendek di TikToknya bersama pelawak, Shuib Sepahtu.

Menerusi hantaran itu, terlihat Zara dan Shuib sedang menikmati sepinggan kek yang dikongsi bersama di atas satu meja.

Momen yang dianggap manis itu mendapat ribuan komen di ruang balas oleh netizen yang mendoakan dan menganggap tidak salah jika mereka disatukan.

“Tapi kalau Zara dengan Shuib jodoh pun ok, sebab keibuan Zara tu terserlah.

“Sepadan, anak-anak Shuib boleh menumpang kasih.

“Wow mula-mula kongsi kek, lama-lama kongsi kasih sayang, insyallah. Ramai peminat suka, mari kita amin kan.

“Semoga ada jodoh, tidak salah untuk berkahwin semula Shuib. Hidup perlu diteruskan,” antara usikan wargamaya.

Terdahulu Shuib menjelaskan tidak molek untuk membicarakan tentang jodoh dan menyatukan dirinya bersama Zara memandangkan belum genap setahun arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggalkan dia sekeluarga.

Sungguhpun begitu, Shuib mengakui Zara ialah seorang yang sangat manis dan baik terhadapnya.

Video yang dimuat naik Zara Zya semalam telah mendapat lebih 3 juta tontonan dan 250 ribu menyukai.

@zarazyaofficial ? @Shuib Sepahtu @acheykintangkintung @Naim Daniel ♬ original sound - ZaraZya