Horror | Seram

Wow! Hadiah Bernilai RM185! Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda Menang Peraduan GempakSpot X Althea

gempak
Gempak Spot
17/08/2020
03:54 MYT
Sponsor Banner
Wow! Hadiah Bernilai RM185! Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda Menang Peraduan GempakSpot X Althea
Dari sekarang hingga 25 Oktober 2020, selama 12 minggu berlangsung peraduan GempakSpot X Althea yang menyediakan hadiah bernilai RM 185 untuk pemenang setiap minggu. Nampak macam payah tapi alahai senangnya. Ini ada beberapa tips mudah untuk anda menang hadiah hebat ini.

1. Kongsi Cerita Mengenai Topik Cinta, Seram, Kesihatan Dan Melancong

Okay, bila tengok topik-topik ni, macam susah, tapi sebenarnya senang sangat. Kenapa senang? Kerana semua topik ni sebenarnya anda dah pernah lalui sendiri dan tak perlu fikir panjang pun.
Contohnya topik cinta. Tak semestinya cinta antara boyfriend dan girlfriend. Topik ni boleh bercerita tentang cinta pada ibu bapa, adik beradik, sahabat, dan juga pada haiwan peliharaan. Cinta pada alam sekitar, cinta pada sekolah dan macam-macam topik cinta lagi. Luas sangat. Mudah, kan!
Topik kesihatan bukan bermakna perihal doktor dan perubatan sahaja, tetapi kalau anda mengidap apa jua sakit, dan macam mana layanan yang anda dapat di hospital dan sebagainya pun boleh masuk topik kesihatan. Kalau ada tips tentang kebersihan diri, penjagaan SOP dan berkaitan juga boleh masuk topik ini.
Bercakap tentang topik seram, semua mesti ingat tentang cinta hantu sahaja. Banyak pilihan sebenarnya kerana anda mungkin boleh bercerita tentang pengalaman menggerunkan akibat kemalangan, atau hampir terlibat dengan kemalangan, cerita terkejut dengan 'prank' kawan dan banyak lagi.
Topik melancong pun senang nak tulis. Siapa yang tak pernah melancong? Pindah sekolah dari alor Setar ke Johor Bahru dan melihat tempat-tempat menarik di Johor Bahru pun dah kira melancong. Pergi berkelah dan ceritakan apa yang menarik di tempat tersebut pun dah dikira melancong. Tak semestinya ke luar negara!

2. Tak Perlu Formal

Mungkin ada yang ingat anda perlu tulis cara formal. Contohnya, "Pada suatu hari, saya dan keluarga melancong ke Pulau Langkawi, tempat yang anda semua perlu lawati'. Tak perlu! Anda boleh menulis dengan gaya anda sendiri. Contohnya. " Dua minggu lepas aku ke Langkawi dengan famili, seronok dan korang mesti pergi'.
Anda boleh guna kata ganti diri 'saya' atau 'aku' mengikut keselesaan anda. Yang penting, kurangkan penggunaan 'shortform' seperti 'yg', 'sy', 'mcm', dan sewaktu dengannya.
Anda juga boleh berkongsi cerita yang anda telah kongsikan di sosial media anda seperti Twitter, Instagram dan Facebook anda. Jadi, tak perlu nak fikirkan cerita baru yang nak dikongsi. Cuma betulkan ayat-ayat yang nak diperbetulkan untuk membuat cerita tersebut lebih menarik.

3. Panjang Artikel

Tidak perlu terlalu panjang, tetapi janganlah pula terlalu pendek. Mungkin cerita anda boleh dihantar dalam enam hingga ke lapan perenggan. Anda boleh lihat artikel-artikel di GempakSpot sebelum ini sebagai contoh.
Ramai yang sudah menghantar penyertaan sebelum ini, tetapi artikel yang anda tulis terlalu pendek untuk disiarkan. Kami yakin anda boleh menulis kerana walaupun satu perenggan yang dihantar, tetapi sudah cukup menarik. Jadi cuba tambah cerita anda menjadi enam hingga lapan perenggan.

4. Kongsi & Tanda Suka

Bila cerita anda dah disiarkan di Facebook Gempak, masa nilah nak minta tolong kawan-kawan, saudara mara, sahabat handai, kenalan di Indonesia, Singapura, Brunei dan di mana sahaja untuk kongsikan cerita anda dan 'Likes' artikel anda. Lagi banyak orang yang kongsi dan Likes, lagi besar peluang anda nak menang. Kacang jer ni!

5. Pemenang Setiap Minggu

Selama 12 minggu bermula minggu lalu, setiap minggu akan ada pemenang. Anda boleh menghantar sebanyak mana penyertaan, tapi anda hanya boleh menang satu hadiah sahaja dalam tempoh 12 minggu itu.
Kalau anda lihat minggu ini cerita anda tidak tersenarai untuk dipilih sebagai pemenang, jangan bimbang, anda boleh terus menghantar penyertaan anda kerana tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Oktober 2020.
Anda boleh hantar, abang, kakak dan adik anda boleh hantar, ibu dan ayah anda boleh hantar, sesiapa sahaja dalam keluarga boleh hantar penyertaan. Pastikan cerita yang dihantar berbeza.
Mudah, kan! inilah lima tips yang anda boleh gunakan bila menghantar penyertaan anda untuk peraduan GempakSpot X Althea. Tulis apa yang anda suka, mana tahu rezeki anda untuk bawa pulang hadiah produk Althea bernilai RM185!
Tunggu apa lagi, hantarkan penyertaan anda segera ke GempakSpot.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live