Personal Experience | Pengalaman Sendiri

"You Jaga Allah, Nanti Allah Jaga You" - Kisah Tukang Cuci Baca Al-Quran Setiap Malam

gempak
Gempak Spot
28/02/2020
05:00 MYT
Sponsor Banner
"You Jaga Allah, Nanti Allah Jaga You" - Kisah Tukang Cuci Baca Al-Quran Setiap Malam
Dr. Imran Kasran yang bertugas di Hospital Sungai Buloh berkongsi kisah di Facebook miliknya tentang seorang pemuda Bangladesh yang membaca satu juzuk Al-Quran setiap malam.
Setiap kali masuk OT waktu malam (oncall), akan ada hamba Allah ni di surau OT kami. Namanya Shafiqur, asal dari Bangladesh. Kerjanya mencuci bilik-bilik OT, tukar-tukar baju yang dah terpakai, topup barang-barang dalam OT nih.
Selalunya, dia akan ambil masa beberapa minit pada setiap malam untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Mula-mula aku agak segan nak tegur dia. Aku selalu tertunduk malu. Yelah, kita bukak Quran pun jarang-jarang.
Then satu hari aku tanya,
"Shafiqur, you setiap hari baca al-Quran berapa banyak? I tengok you setiap hari ada dalam surau ni antara Maghrib & Isya."
"Saya tada baca banyak pun abang. Saya baca satu juzu' saja. Nanti dalam sebulan saya boleh khatam Quran, abang."
"Macam mana you boleh jaga al-Quran Shafiqur? Saya malu sama u." aku segan.
"Abang, you baca Quran bukan sebab bila you ada masalah sama ini hati (sambil tangannya tunjuk kat dada), tapi sebab you baca al-Quran lah nanti you punya masalah semua hilang abang. Hati you misti banyak tenang nanti. You jaga Allah, nanti Allah jaga you."
Shafiqur, mungkin kau tak dikenali di dunia.
Tapi kau terkenal di langit sana oleh para malaikat.
Doktor, arkitek, engineer, businessman.. Semuanya hanya di dunia sahaja. Tidak menjaminkan apa-apa untuk kita bawa ke hari akhirat.
Kemungkinan banyaknya masalah yang berlaku pada diri kita, keluarga hatta negara; semuanya dek kerana kita jarang membuka dan mentadabbur kitab suci ini. Lantas kita tidak tahu cara-cara untuk mentadbir kehidupan berpandukan ajaran Tuhan.
Doakan kami juga jadi sepertimu.
Dan semoga Allah memelihara negara kita yang tercinta ini.
Kredit Gambar: Facebook Imran Kasran
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Dr. Imran Kasran mendapat 3,000 perkongsian dan hampir 6,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live