GengMakMak
Lapar & Lesu Ketika Berpuasa? Ini 5 Tips Untuk Kekal Segar Bertenaga!
Lapar dan lesu adalah perkara yang sering kita alami setiap kali berpuasa terutama di bulan Ramadan.
Namun, ia bukan alasan untuk kita tidak menjaga kesihatan di bulan Ramadan, makan mengikut nafsu ketika berbuka akan menyebabkan badan kita boleh menjadi lebih lesu.
Malah rasa lapar dan lesu itu boleh diatasi jika kita menjaga atau melakukan beberapa perkara di bulan Ramadan.
Berikut, 5 tips untuk kekal segara bertenaga meskipun berpuasa sepanjang hari.
1.Amalkan pemakanan sihat
Meskipun berpuasa, amat penting untuk kita menjaga pemakanan supaya makan makanan yang lebih berkhasiat. Jangan terlalu mengikut nafsu dalam memilih juadah berbuka atau bersahur.
Cuba elakkan pengambilan makanan terlalu pedas dan berminyak. Ini kerana makanan pedas dan berminyak mampu mengundang ketidakselesaan pada sistem pencernaan.
Perbanyakkan pengambilan sayuran serta buah-buahan bagi mendapatkan khasiat semula jadi.
2.Minum 8 gelas sehari
Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan disebabkan itu 70 peratus daripada badan kita adalah air.
Jadi biarpun berpuasa pastikan anda minum air cukup 8 gelas ketika berbuka dan bersahur.
Kami cadangkan, anda minum dua gelas air ketika dan selepas berbuka serta dua gelas air lagi ketika solat terawih serta dua gelas sebelum tidur. Akhir sekali pastikan anda ambil dua gelas air ketika bersahur.
3. Rehat dan tidur yang cukup
Tidur yang cukup penting untuk kekal aktif dan bertenaga sehingga waktu berbuka puasa.
Amalkan tidur awal di waktu malam memandangkan kebanyakan antara kita akan bangun awal untuk sahur.
Selain itu, anda juga disaran untuk 'power nap' pada siang hari bagi menjana semula tenaga yang semakin berkurangan akibat berpuasa.
4. Bersenam
Jangan beri alasan untuk tidak bersenam ketika berpuasa. Anda digalakan untuk bersenam tetapi cuba elakkan senaman berat dan cuma melakukan senaman ringan.
Antara senaman ringan yang kami cadangkan seperti berjalan, jogging secara perlahan atau mana-mana yang difikirkan sesuai.
Tapi ingat, lakukan senaman sejam sebelum waktu berbuka atau dua jam selepas waktu berbuka bagi mengelak berlaku dehidrasi atau kepenatan melampau.
5. Kekalkan kesegaran dengan Darlie Double Action
Ini penting! Untuk mendapat nafas yang segar serta mood yang ceria sepanjang hari berpuasa, anda perlu memberus gigi dengan Darlie Double Action.
Kesegaran berpanjangan jika anda memberus gigi dengan Darlie Double Action selepas bersahur.
Teruskan kesegaran Darlie Double Action dengan memberus gigi juga selesai berbuka puasa serta sebelum tidur.
Jangan lupa saksikan pengalaman berpuasa ‘geng’ wanita yang bergelar ibu dalam drama Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my. Ia juga ditayangkan di Astro Ria setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
Geng Mak Mak dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Sazzy Falak, Elvina Mohamad, Nad Zainal dan Fatin Afeefa.
Must-Watch Video