GengMakMak

Mahu Didik Anak Rajin Membantu? Lakukan 5 Aktiviti Menyeronokkan Ini Bersama!

gempak
Syafiqah Jalal
06/05/2019
02:47 MYT
Sponsor Banner
Mahu Didik Anak Rajin Membantu? Lakukan 5 Aktiviti Menyeronokkan Ini Bersama!
Ibu bapa adalah contoh terbaik kerana anak-anak belajar dari pemerhatian sikap, emosi dan apa yang dilihat sejak kecil.
Jika anda mahukan anak-anak rajin membantu dan ringan tulang, eloklah didik dan pupuk mereka melakukan hal tersebut sejak kecil lagi.
Seawal usia mereka dua tahun dan sudah boleh menerima arahan, anda sudah boleh menggalakan mereka melakukan kerja rumah yang mudah dan ringkas.
Ikuti lima aktiviti menyeronokkan ini yang boleh anda lakukan bersama bagi menggalakan mereka rajin membantu dan berdikari.
  1. Basuh Kereta
Jadikan aktiviti membasuh kereta ini sebagai aktiviti mingguan. Jangan terlalu mahukan kesempurnaan, mulakan dengan mengajak anak menyiram kereta dan bermain dengan buih. Kemudian ajar mereka mencuci badan kereta sementara anda mencucui di bahagian yang sukar seperti tayar serta bumbung kereta atau bahagian yang lebih detail. Aktiviti ini pasti seronok bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun kerana mereka suka bermain air dan buih!
  1. Kemas Mainan Sendiri
Aktiviti ini anda perlu mulakan sejak mereka kecil lagi iaitu selepas mereka tahu apa itu mainan. Anda pasti pening apabila setiap kali melihat permainan bertaburan tanpa dikemas. Sediakan bakul dan ajar anak anda untuk semua mainan ke dalamnya. Pada peringkat awal, anda sendiri perlu menunjukkan contoh semua mainan ke dalam bakul sambil membuat pengiraanulakan dari anak anda umur setahun! Pasti dia menjadi anak yang berdisiplin.
  1. Bakar Kek
Aktiviti ini mungkin anda rasa terlalu awal untuk kanak-kanak berusia tiga tahun, namun anda salah. Cuba dedahkan mereka dengan aktiviti membakar atau membuat kek dan kuih, anda pasti terkejut melihat mereka sangat gembira! Kanak-kanak suka mengkaji dan menjelajah, mereka seronok apabila melihat apa yang mereka hasilkan menjadi sesuatu.
  1. Laundry Bersama!
Jika anak yang berusia bawah dua tahun, boleh ajar mereka tolong masukkan pakaian kotor dalam bakul atau menghantar botol susu di sinki selepas habis minum dan sebagainya lagi yang bersesuaian. Jangan beri kerja yang sukar untuk dilakukan kerana risau mereka akan mudah bosan dan berputus asa untuk menolong. Jangan terkejut, jika anda mula dari awal, kanak-kanak berusia tiga tahun juga boleh melipat kain meskipun tidak sempurna.
  1. Berus Gigi Bersama Dengan Darlie Double Action
Memberus gigi adalah rutin yang sangat penting setiap hari untuk kebersihan dan kesegaran mulut. Jadi jika mahu anak anda berdisiplin, anda boleh cuba aktiviti memberus gigi bersama ubat gigi, Darlie Double Action setiap pagi. Mudah sahaja, gunakan ubat gigi Darlie Double Action pada waktu pagi, tengahari selepas makan serta malam sebelum tidur. Nafas segar, minda pun segar! Aktiviti harian anda bersama anak-anak juga tidak terganggu!
Mendidik anak bukan mudah, setiap ibu bapa pasti menghadapi masalah yang berbeza-beza. Bagi mendekati dan memahami apa yang sering dihadapi Mak Mak setiap hari, saksikan Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my .
Geng Mak Mak turut ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
Drama bersiri dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sazzy Falak, Rita Rudaini, Elvina Mohamad, Nad Zainal dan Fatin Afeefa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024