GengMakMak

“Yang Saya Pandang Adalah Hati, Bukan Beg Gucci”- Rita Rudaini Bersyukur Dapat ...

gempak
Rozaimi Zubaidi
16/04/2019
02:12 MYT
Sponsor Banner
“Yang Saya Pandang Adalah Hati, Bukan Beg Gucci”- Rita Rudaini Bersyukur Dapat ...
Pelakon Rita Rudaini mengakui bersyukur apabila dikelilingi oleh orang yang positif dan sentiasa menyayangi dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rita berharap agar dia dan semua orang dapat dijauhi daripada perasaan hasat dengki terhadap orang lain.
"Kami ibarat seperti cubit peha kanan, peha kiri pon rasa. Kkami dah seperti satu keluarga besar.
"Tak kira miskin atau kaya, kita semua sama manusia yang sisturr pandang adalah hati, bukan beg Gucci.
"Alhamdulillah makin ramai dan makin bertambah harmoni keluarga @rrcougarsacademy sekarang. Semoga kami semua dijauhi dari perasaan hasad dengki, iri hati dan sifat munafik.
"Semoga dipelihara hubungan yang semakin hari semakin erat. Sisturr sayang mereka kuat-kuat. Anak mereka, anak sisturr juga. Cuma suami mereka bukan suami sisturr. Moga kita semua kekalkan ukhuwah sampai bila-bila," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji Rita dan mendoakan agar hubungan mereka semua akan kekal berbahagia selamanya.
Dalam perkembangan terkini, Rita muncul dengan drama terbaharu iaitu Geng Mak Mak bersama dengan pelakon hebat lain seperti Sazzy Falak, Elvina Mohamad dan Fatin Afeefa.
Jangan lupa saksikannya di www.gengmakmak.com.my serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setriap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024