Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adik Bulan Asyraff, Peserta Gimme The Mic Malaysia Meninggal Dunia - "Ingatkan Gastrik Biasa Tetapi Tidak"

Khairil Khusyairi
16/08/2024 05:25 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Bulan Asyraff berkongsi khabar duka bahawa adik perempuannya meninggal dunia pada Khamis malam.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Asyraff memaklumkan adik perempuannya, Nur Shakilla Mohd Zamani, 23, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang.

Asyraff turut memohon semua mendoakan Allahyarham adiknya itu.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat adik tercinta saya Nur Shakilla Mohd Zamani yang pergi menghadap Illahi sebentar tadi.

“Alah lebih sayangkan dia. Meninggal Khamis malam Jumaat.

“Dalam keadaan sakit. Rezeki dia. Mohon doakan ya semua,” maklumnya.

Dalam pada itu, pengurus Asyraff iaitu Amer memaklumkan arwah Shakilla baru sahaja mendapat tahu dia mengalami masalah buah pinggang.

“Arwah meninggal selepas Maghrib di Hospital Selayang.

“Pada awalnya arwah masuk hospital ingatkan alami gastrik tetapi ada masalah pada buah pinggang.

“Arwah juga baru tahu mengalami masalah buah pinggang pada minggu lepas. Sebelum masuk hospital mereka tak tahu, ingatkan gastrik biasa tetapi tidak,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Difahamkan jenazah juga telah selesai dikebumikan pada jam 10 pagi hari ini.

Untuk info, Asyraff merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Bulan Asyraff juga merupakan perserta Gimme The Mic Malaysia yang kini sedang berlansung setiap Ahad.

#Meninggal Dunia #Peserta #Adik #Gimme The Mic Malaysia #Gimme The Mic Songs #Gimme The Mic TikTok #Bulan Asyraff
;