,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

Khairil Khusyairi
08/09/2024
20:55 MYT

Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Farhan Mustapha Posisi Pertama

Dengan tema Freedom Unleashed , minggu ketujuh Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Farhan Mustapha berjaya mengungguli kesemua 12 peserta dengan markah 69.48%.

Manakala, tempat kedua diikuti Syaffiq Sahli dengan markah sebanyak 68.72%.

Sementara itu, persembahan memukau Syaffiq Sahli berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.

Peserta Farhan Mustapha pula turut meraih anugerah pilihan Gimme The Mic Alha Alfa yang membawa pulang RM5,000.

The Six

Minggu Separuh Akhir menyaksikan peserta Farhan Mustapha, Syaffiq Sahli, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Bulan Asyraff, Ameerais menghuni kerusi The Six dan terselamat dari penyingkiran.

Peserta Junlloyd Egano, Raes, Syamel Amzah dan Epet turut bakal melangkah ke pentas akhir.

2 Peserta Tersingkir

Manakala peserta Dannhuangge dan Hazreen Amreena tersingkir di minggu separuh akhir.

10 peserta bakal bersaing pada konsert Akhir dengan tema Grand Finale.

Markah Penuh Peserta

Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia.

No Peserta Markah Keseluruhan
1 Farhan Mustapha 69.48%
2 Syaffiq Sahli 68.72%
3 Jelly Belly 66.35%
4 Shazreen Shaharum 64.42%
5 Bulan Asyraff 64.17%
6 Ameerais 62.42%
7 Junlloyd Egano 62.29%
8 Raes 57.86%
9 Syamel Amzah 55.80%
10 Epet 54.23%
11 Hazreen Amreena 48.65%
12 Danhuangge 46.32%

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”

gempak
28/08/2024
21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”

gempak
09/08/2024
02:55 MYT
Menyedari namanya dipetik selepas Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu, penyanyi Nourul Depp bagaimanapun berharap peminat tidak membandingkan cara penyampaian lagu duetnya bersama bekas suami.