Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

Khairil Khusyairi
01/09/2024 20:55 MYT

Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Shazreen Shaharum Posisi Pertama

Dengan tema Pilihan Lockdown, minggu keenam Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Shazreen Shaharum dengan nyanyian Jangan Khianati Aku berjaya mengungguli kesemua 12 peserta dengan markah 68.53%.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Manakala, tempat kedua diikuti Jelly Belly yang mendendangkan lagu Kamelia dengan markah sebanyak 68.14%.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sementara itu, persembahan memukau Syaffiq Sahli berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Peserta Bulan Asyraff pula turut meraih anugerah pilihan Gimme The Mic Alha Alfa yang membawa pulang RM5,000.

The Six

Minggu Suku Akhir menyaksikan peserta Shazreen Shaharum, Jelly Belly, Farhan Mustapha, Junlloyd Egano, Syaffiq Sahli dan Syamel Amzah menghuni kerusi The Six dan terselamat dari penyingkiran.

Tiada Peserta Tersingkir

Minggu suku akhir juga menyaksikan tiada penyingkiran. Oleh itu setiap semi finalis juga bakal membuat dua tugasan iaitu persembahan solo dan berduet dengan peserta lain.

12 peserta bakal bersaing pada minggu separuh akhir dengan tema Freedom Unleashed.

Markah Penuh Peserta

Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu keenam Gimme The Mic Malaysia.

NO PESERTA MARKAH KESELURUHAN
1 SHAZREEN SHAHARUM 68.53%
2 JELLY BELLY 68.14%
3 FARHAN MUSTAPHA 66.57%
4 JUNLLOYD EGANO 65.27%
5 SYAFFIQ SAHLI 60.10%
6 SYAMEL AMZAH 58.61%
7 BULAN ASYRAFF 57.96%
8 EPET 56.51%
9 AMEERAIS 56.21%
10 RAES 54.12%
11 DANHUANGGE 49.39%
12 HAZREEN AMREENA 48.01%

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Yuna #Ajai #Tersingkir #Hael #Alha Alfa #Separuh Akhir #BCL #Gimme The Mic #Gimme The Mic Malaysia #TikTok Gimme The Mic