Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GimmeTheMicMY: Adik Tersayang Baru Sahaja Meninggal Dunia, Bulan Asyraff Tetap Akan Perform Malam Ini – “Harap Dapat Kawal Emosi”

Khairil Khusyairi
18/08/2024 04:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Bulan Asyraff tetap akan membuat persembahan pada malam ini biarpun baru sahaja kehilangan adik tersayang, pada Jumaat lalu.

Menurut pengurus kepada Bulan iaitu Amer, dia memaklumkan Bulan tetap akan meneruskan persembahan pada minggu keempat ini.

Malah, Amer turut berharap Bulan dapat mengawal emosinya ketika di atas pentas kelak.

“Bulan akan tetap perform pada malam ini.

“Cuma kita harapkan dia dapat kawal emosinya.

“Kasihan juga tetapi dia kena teruskan juga,” ujar Amer ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Bulan berkongsi berita duka apabila adiknya iaitu Siti Shakilla Mohd Zamani, 23, telah menghembuskan nafs terakhir di Hospital Selayang pada Khamis malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Bulan Asyraff, Peserta Gimme The Mic Malaysia Meninggal Dunia - "Ingatkan Gastrik Biasa Tetapi Tidak"


‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Meninggal Dunia #Adik #Gimme The Mic #Gimme The Mic Malaysia #Gimme The Mic TikTok #Bulan Asyraff