,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

Khairil Khusyairi
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.

Juri Tak Dapat Ramal

Menurut Ajai, keputusan untuk mengangkat seseorang itu bergelar juara bukanlah daripada minggu pertama lagi kerana ia sukar diramal bagi pihak juri untuk berbuat demikian.

“Setiap minggu graf peserta ada yang kami ramal contohnya menang minggu lepas tetapi minggu hadapan tidak. Jadi kami tak dapat ramal sebenarnya.

“Sebagi contoh, Raes, ini adalah persembahan yang baik dia pernah buat tetapi rezeki dia tak memihak dari segi ‘fan base’ iaitu undian.

“Farhan juga pada awalnya saya tak nampak lagi kekuatan dia, dia betul-betul nampak bila menyanyikan lagu rakyat. Itu baru dia free dan easy yang dia tak kekok atas pentas.

“Setiap minggu kami nantikan apakah yang mereka mampu beri. Jadi ia bukan satu keputusan dari minggu pertama mereka nyanyi dan anggap boleh menang, tidak boleh,” katanya ketika sesi sidang media usai konsert akhir Gimme The Mic pada Ahad.

Ada Kekuatan Tersendiri

Tambah Ajai, setiap finalis mempunyai kekuatan masing-masing malah menyifatkan setiap daripada mereka mempunyai ton suara yang tidak ada pada artis sedia ada.
“Mereka ini datang daripada penapisan professional, mereka bukan datang daripada ada duit buat album.

“Ia seperti zaman Akademi Fantasia kalau kita ingat. Dan daripada zaman itu, apa-apa saja royalty yang datang dari professional punya, mereka ada tapak dalam industri.

“Saya rasa finalis dan peserta yang masuk ini ada kekuatan tersendiri. Mereka bukan hidup dalam satu konsep, tetapi mereka hidup dalam pelbagai konsep dan tone.

“Tiada satu pun tone yang kita dengar ada strereotaip seperti artis-artis yang ada,” ujarnya.

Pada Ahad, Farhan Mustapha diangkat sebagai The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024 selepas berjaya meraih markah tertinggi daripada pihak juri.
Farhan membawa pulang hadiah RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Farhan dan lima finalis lain bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa bagi berentap di pentas Gimme The Mic Global.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"\

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

gempak
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.