#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”
Khairil Khusyairi
17/09/2024 02:55 MYT
17/09/2024 02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Bukti Boleh Menyanyi Solo
Menurut Ameerais, dia bersyukur ramai yang membuka mata dengan bakat nyanyiannya secara solo tanpa dibayangi sebagai penyanyi berkumpulan.
“Secara jujurnya saya tak meletakkan sebarang harapan, saya hanya enjoy the show. Saya nak tunjukkan apa yang saya ada.
“Ini sebagai rezeki anak-anak saya, saya hanya menumpang. Saya tak jangka saya berada di keududukan sejauh ini, Alhamdulillah.

“Orang hanya nampak saya besama kumpulan, orang tak nampak karier solo saya. Untuk Gimme The Mic, terima kasih kerana memberi peluang ini saya boleh tunjuk bakat dan tunjukkan pada semua yang saya boleh menyanyi,” katanya kepada Gempak pada sidang media usai konsert akhir Gimme The Mic.
Tambah anggota kumpulan Forteen itu lagi, dia meluahkan rasa bangga apabila dapat beraksi di pentas besar buat pertama kali dalam kariernya.
“Ini adalah asam garam, adat pertandingan, ada kalah dan juga menang. Jadi bagi saya ini pencapaian saya paling jauh setakat ini.
“Saya belum pernah menyertai mana-mana program realiti, pernah mencuba tapi tak pernah dapat.
“Untuk berada di tahap ini, ini adalah pencapaian yang saya boleh banggakan dengan diri saya sendiri,” luahnya.
“Untuk berada di tahap ini, ini adalah pencapaian yang saya boleh banggakan dengan diri saya sendiri,” luahnya.
Tak Kisah Soal Kritikan
Menjadi lumrah bagi seseorang anak seni dikritik, Ameerais menganggap kritikan sesetngah pihak sebagai komen membina yang membantu memperbaiki kelemahannya.
“Untuk perkara yang negatif ini, dari mula lagi saya dah terbiasa sebenarnya. Pengalaman kita sepanjang hampir 14 tahun dalam industri ini kita bekerja perlu professional.
“Untuk perkara yang negatif ini, dari mula lagi saya dah terbiasa sebenarnya. Pengalaman kita sepanjang hampir 14 tahun dalam industri ini kita bekerja perlu professional.
“Apa yang dilontarkan daripada netizen semua di komen bagi saya yang baik saya jadikan sebagai pembakar semangat, yang buruk saya pekakkan telinga dan jalan terus,” tutupnya.
Ameerais layak ke Gimme The Mic Global selepas berada dalam kedudukan enam terbaik di pentas akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.