Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

Khairil Khusyairi
15/09/2024 16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan produksi dan juri yang banyak mengajar saya serta peminat. Hadiah ini saya hadiahkan kepada anak, Zain Iskandar. Ini untuk adik!" katanya sebak usai namanya diumumkan sebagai juara utama.

Dengan tema Grand Finale, Farhan Mustapha ternyata membuktikan kebolehan dan kualitinya yang tersendiri.

Menyampaikan lagu Berhenti Berharap, Farhan memperoleh markah tertinggi mengenepikan 5 finalis lain dalam pusingan The Grand Champion.

Farhan membawa pulang hadiah RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Sementara itu, finalis Shazreen Shaharum, Bulan Asyraff, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Jelly Belly turut membawa pulang trofi Gimme The Mic Malaysia 2024.

The Grand Six

Farhan Mustapha, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff berjaya menghuni kerusi The Grand Six yang menggabungkan markah juri sebanyak 70% dan 30% daripada peminat.

The Grand Six bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa bagi berentap di pentas Gimme The Mic Global.

Sementara itu, persembahan memukau Syaffiq Sahli berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.

Farhan Mustapha pula turut meraih anugerah pilihan Gimme The Mic Alha Alfa yang membawa pulang RM10,000.

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
#Juara #Gimme The Mic #Gimme The Mic Malaysia #TikTok Gimme The Mic #Farhan Mustapha