Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

Khairil Khusyairi
02/09/2024 13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.

Dedah Punca Menangis

Menurut Syamel, dia menangis kerana terkenangkan rakan-rakan seperjuangannya di pentas Gimme The Mic Malaysia.

Kongsi Syamel lagi, dia mahu melihat rakan baiknya iaitu Farhan Mustapha dan Junlloyd Egano beraksi di pentas akhir kelak.

“Sebenarnya momen saya menangis dalam live tu kerana rakan seperjuangan saya iaitu Farhan Mustapha dan Junlloyd Egano, di mana mereka berdua adalah rakan baik saya sepanjang Gimme The Mic ini.

“Semua peserta adalah rakan saya tetapi yang paling rapat adalah mereka berdua. Andai kata bukan rezeki saya pada malam ini, saya teringin nak tengok mereka di Final.

“Itu yang buat saya menangis,” ujarnya kepada Gempak usai konsert minggu suku akhir di Pusat Konvensyen CIDB, Cherasa pada Ahad.

Mahu Buat Yang Terbaik

Ditanya mengenai perancangannya pada minggu separuh akhir, Syamel hanya mahu buat yang terbaik bagi kedua-dua tugasan.

“Setia minggu saya ada strategi. Untuk berduet pada separuh akhir nanti saya belum pasti lagi macam mana nak buat.

“Untuk lagu solo pula, saya akan bawa lagu 90-an iaitu Tiada Lagi Kidungmu, InsyaAllah saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Minggu suku akhir juga menyaksikan tiada penyingkiran. Oleh itu setiap semi finalis juga bakal membuat dua tugasan iaitu persembahan solo dan berduet dengan peserta lain.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Live #Menangis #Rakan #Gimme The Mic #Gimme The Mic Malaysia #Syamel Amzah #Gimme The Mic TikTok #Seperjuangan