,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

Gempak
21/07/2024
21:55 MYT
Peserta Syamel Amzah unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu pertama Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung pada Ahad.

Syamel Amzah Teratas

Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.

Manakala, tempat kedua diikuti Farhan Mustapha yang mendendangkan lagu Sangkar Derita dengan markah sebanyak 66.59%.
Sementara itu, persembahan memukau Syaffiq Sahli berjaya mendapat Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.
Peserta misteri iaitu Bunian pula meraih anugerah pilihan GimmeTwoMeeAward yang membawa pulang RM5,000.
Minggu pertama juga turut menyaksikan peserta Jelly Belly, Epet, Bunian, Syamel Amzah, Ary Hussin dan Farhan Mustapha menghuni kerusi The Six dan terselamat dari penyingkiran.

10 Peserta Tersingkir

Langkah juga terhenti buat 10 peserta iaitu Ir Radzi, Celine Lai, Ezan, Aliff Kimiey, Mamuji, Fiza Sinha, Zuly Ali, Nazz, Xiiaopanda dan Luna apabila tersingkir pada minggu pembukaan.
20 peserta bakal bersaing pada minggu kedua dengan tema Siapa Aku.

Markah Penuh Peserta

Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu pertama Gimme The Mic Malaysia.
NO NAMA JUMLAH KESULURUHAN
1. SYAMEL AMZAH 67.14%
2. FARHAN MUSTAPHA 66.59%
3. ARY HUSSIN 66.26%
4. BUNIAN 66.17%
5. JELLY BELLY 66.08%
6. EPET 65.87%
7. OKY DANIAL 65.01%
8. DANHUANGGE 64.39%
9. RASZ 64.11%
10. RAES 63.15%
11. JUNLOLOYD EGANO 62.90%
12. HAZREEN AMREENA 62.86%
13. SYAFFIQ SAHLI 62.62%
14. BULAN ASYRAFF 61.09%
15. SAHZREEN SHAHARUM 60.69%
16. MOFANORA 60.65%
17. ROU ROU 60.09%
18. BEYLA INARA 59.02
19. AMEERAIS 58.25%
20. CHONG HAN 57.89%
21 IR RADZI 57.80%
22. EZAN 57.15%
23. CELINE LAI 55.52%
24. ALIFF KIMIEY 55.18%
25. MAMUJI 50.95%
26. FIZA SINHA 50.84%
27. ZULY ALI 45.09%
28. NAZZ 43.51%
29 XIIAOPANDA 38.98%
30 LUNA 36.45%
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: #TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

ARTIKEL BERKAITAN: #TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Peraduan

Strim Filem Sony Kegemaran Anda di Astro First On Demand Store & Menang hadiah eksklusif daripada Sony!

gempak
20/08/2024
01:00 MYT
Strim Filem Sony Kegemaran Anda di Astro First On Demand Store dan Berpeluang untuk Menang hadiah-hadiah menarik dari Sony!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Hazreen Amreena Dedah Berkawan Rapat Dengan Arwah Nidza Afham, Setiap Minggu Datang Bagi Sokongan –“My Stronger Supporter Dah Tiada”

gempak
19/08/2024
03:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Hazreen Amreena mendedahkan Allahyarham penyanyi Nidza Afham yang meninggal dunia minggu lalu sering menyokongnya.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.