"Walaupun Ada Masalah...Saya Taknak Kecewakan Sesiapa" - Diana Danielle
Asraf Aided
18/10/2018 10:36 MYT
18/10/2018 10:36 MYT
Aktres jelita Datin Diana Danielle berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran filem lakonan terbarunya, Gol & Gincu 2.
Diana akui emosinya agak terganggu ketika menjalani penggambaran filem ini memandangkan kes pertuduhan jenayah suaminya, Datuk Farid Kamil sedang hangat diperkatakan ketika itu, namun dia cuba untuk bersikap matang dan profesional.
"Ya, memang saya berasa tertekan, tetapi saya bersyukur kerana komitmen saya terhadap filem Gol & Gincu 2 ini mampu mengalih perhatian saya agar tidak terlalu memikirkan masalah itu.
"Sebagai seorang pelakon, saya sedar walaupun mempunyai masalah, saya harus lakukan yang terbaik dan tidak mahu mengecewakan sesiapa," ujarnya.
Diana berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Media Gol & Gincu 2 bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada petang semalam.
Selepas 13 tahun filem dan siri Gol & Gincu dilancarkan, kini ia muncul kembali dengan barisan pelakon serta kisah baru yang telah ditamatkan dalam Gol & Gincu Vol.2 (GG2).
Diana digandingkan bersama Ummi Nazeera sebagai watak utama, bukan itu sahaja, peminat filem yang pernah menjadi fenomena ini harus bersedia dengan jalan cerita serta wajah-wajah baru dalam GG2.
Meskipun masih mengekalkan pelakon asal seperti Sazzy Falak dan Sharifah Amani, namun GG2 menampilkan wajah baru dan lebih segar.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2, ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.