,
GOLDMovie

#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

Firdaus
13/07/2024
12:05 MYT
Menceritakan tentang pengorbanan dan usaha dalam mengecapi kejayaan, filem Gold berjaya meraih perhatian pengarah yang terkenal dengan karya-karya menyentuh hati, Chiu Dao.
Menurut Chiu, Malaysia mempunyai ramai ‘wira’ yang tidak didendang yang berjasa terhadap negara.

“Malaysia mempunyai ramai ‘wira’ yang secara diam-diam berjasa terhadap negara, dan Liek Hou adalah salah seorang daripadanya.

“Walaupun berdepan dengan cabaran dan kelumpuhan saraf pada bahagian kanan lengan, tetapi dengan kegigihan dan ketabahan serta impian, beliau (Cheah Liek Hou) akhirnya memenangi pingat emas untuk Malaysia di Paralimpik. Pencapaian cemerlang ini berhak mendapat perhatian oleh ramai pihak,” tulisnya.

Banyak Babak Menyentuh Hati

Dalam pada itu, Chiu Dao tidak menafikan filem Gold mempunyai banyak babak-babak sedih yang mengetengahkan tema kasih sayang.
“Gold bukan sahaja mempamerkan kegigihan Liek Hou dalam perjuangan, tetapi mengetengahkan tema persahabatan dan kasih sayang dalam mengejar impian.

BERITA TRENDING:#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

BERITA TRENDING:#Gold: Cheah Liek Hou Imbas Kenangan Bersama Mendiang Bapa, Hempas Pulas Demi Beli Sepasang Kasut Sukan! - "Saya Tak Mampu Balas Balik..."

BERITA TRENDING:#Gold: Jack Tan Akui Susah Mainkan Watak Liek Hou, Ambil Masa Enam Bulan Untuk Latihan Badminton

BERITA TRENDING:#Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!

“Terdapat pelbagai babak menyentuh hati di dalam filem yang menunjukkan tentang kekuatan bekerjasama dan sokongan keluarga,” ulasnya lagi.
Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.
Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG