#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou
Firdaus
12/07/2024 12:25 MYT
12/07/2024 12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.
Gemuk & Kurus Dalam Masa Singkat
Menurut Jack, 33, dirinya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan latihan yang diberikan oleh pihak produksi bagi memastikan bentuk badan karakter yang dimainkan tampak realistik dan masuk akal.
“Saya nak berterima kasih dekat pihak produksi sebab mereka sangat bagus dan profesional. Mereka juga menyediakan diet yang sempurna untuk watak itu.
“Selain itu, mereka (pihak produksi) juga sediakan saya latihan dan jurulatih yang baik.
“Oleh sebab itu saya boleh kurangkan berat badan dalam masa tiga bulan dan lepas tu naik balik. Itu bukan cara yang terbaik untuk semua orang, mungkin ramai tertanya-tanya macam mana saya boleh tiba-tiba gemuk atau kurus, tapi saya cuba seadanya bagi watak tersebut,” katanya.
Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

BERITA TRENDING: #Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”
BERITA TRENDING:#Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!
BERITA TRENDING: #Gold: Jack Tan Akui Susah Mainkan Watak Liek Hou, Ambil Masa Enam Bulan Untuk Latihan Badminton
BERITA TRENDING: #Gold: Cheah Liek Hou Imbas Kenangan Bersama Mendiang Bapa, Hempas Pulas Demi Beli Sepasang Kasut Sukan! - "Saya Tak Mampu Balas Balik..."
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.
Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.