Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

Muhammad Firdaus
03/07/2024 06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.

Mahu Teruskan Legasi

Hasratnya itu dikongsikan ketika disoal tentang persamaan lagunya dengan 'Standing In The Eyes Of The World' nyanyian Ella yang masih lagi relevan sehingga sekarang.

"Kaka kalau boleh nak meneruskan legasi itu, sebab Kaka tak suka sangat lagu cinta. Kaka suka lagu yang boleh menyampaikan mesej positif untuk orang lain.

"Kaka rasa lagu ni liriknya macam berkait dengan Kaka juga. Sebab masa tu Kaka baru sahaja terkeluar daripada The Hardest Singing Show. Walaupun Kaka kata Kaka tak kisah, ia tetap menganggu keyakinan diri dan mental Kaka.

"Tapi lagu ni menaikkan balik semangat Kaka. Kita kena jadi positif dan yakin bahawa kita boleh. Jadi lirik lagu ni buatkan Kaka rasa mungkin ia boleh menjadi the next 'Standing In The Eyes Of The World'," katanya ketika ditemui Gempak.

Sekadar info, lagu Kita Pasti Boleh untuk filem Gold merupakan dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Daniel Sher dan Saint T.F.C.

Dengarkan Lagu Kita Pasti Boleh:



Filem Gold, arahan Adrian Teh menampilkan Farid Kamil, Wan Raja, Yasmin Hani serta beberapa barisan pelakon muka baharu seperti Jack Tan dan Lynn Lim.

Sinopsis:

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

BERITA TRENDING:Sambut Baik Blockout 2024, Kaka Azraff Sekat Beberapa Selebriti Antarabangsa Di Media Sosial

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.

BERITA TRENDING:THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.

BERITA TRENDING:Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan
di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

BERITA TRENDING:#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"


Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.
#Filem #Ella #Astro #Kaka Azraff #Lagu #Standing In The Eyes of The World #Gold #Gold #Kita Pasti Boleh