Skip to main content

Selebriti

Hadir Ke Majlis Ilmu Neelofa, Netizen Puji Fathia Latiff - “Jaga Circle, Semoga Istiqamah”

Bakar isteri

Sekilas

  • Fathia Latiff menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa untuk mencari ilmu dan keluar dari rutin harian.
  • Fathia berterima kasih kepada sahabatnya, Lufya Omar, yang mengajaknya ke majlis tersebut dan sentiasa mengingatkan tentang kebaikan.
  • Perkongsian Fathia mendapat reaksi positif netizen yang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam perjalanan hidupnya.
Advertisement

Pelakon, Fathia Latiff mencuri perhatian selepas berkongsi momen menghadiri sebuah majlis ilmu anjuran aktres, Neelofa.

Menerusi perkongsian di media sosial, Fathia berkata kehadirannya ke majlis tersebut adalah untuk mencari ilmu, keluar daripada rutin harian serta menikmati suasana baharu.

Advertisement

“Aku pergi majlis ini sebab nak keluar rumah, dengar ilmu dan tengok suasana baru. Kalau best, alhamdulillah. Kalau biasa-biasa sahaja, sekurang-kurangnya aku dah buat sesuatu untuk diri aku,” tulisnya.

Dalam sebuah hantaran lain, Fathia turut menzahirkan penghargaan kepada sahabat baiknya, penyanyi Lufya Omar yang mengajaknya ke majlis penuh barakah tersebut.

Menurut Fathia, dia menghargai usaha Lufya yang sentiasa mengingatkan dirinya kepada perkara kebaikan serta mendekatkan diri dengan ilmu agama.

Advertisement

“Terima kasih sahabatku Lufya atas jemputan ke majlis ilmu ini. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan aku kepada perkara yang baik dan membawa aku lebih dekat kepada ilmu dan kasih sayang Allah,” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya gembira melihat perkembangan terbaharu Fatiya selain mendoakan agar pelakon drama Ariana Rose itu terus istiqamah dalam perjalanan hidupnya.

“Jaga circle selepas ini. Awak akan jadi orang yang lebih sukses. Semoga istiqomah.

“Omg our Queen dah kembali.

“Sukanya lihat awak gembira seperti ini. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan mengurniakan kebahagiaan pada awak selamanya.

“Teruskan apa yang awak buat. Awak di jalan yang benar. Sangat gembira dan bangga,”komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement