Skip to main content

Selebriti

Hampir ‘Give Up’ Nak Teruskan Acara Hyrox, Hairul Azreen Kembali Bersemangat Sebab Dini Schatzmann - “Macam-Macam Bermain Dalam…”

ASTROGEMPAKA Hairul

Sekilas

  • Hairul Azreen buat pertama kali sertai acara Hyrox bersama rakan seperjuangan, Dini Schatzmann.
  • Hairul akui pernah terfikir untuk berhenti, tapi semangat Dini buat dia teruskan hingga tamat acara.
  • Mereka berjaya menamatkan acara dalam masa satu jam tujuh minit, dengan sokongan dari Janna Nick sepanjang acara.
Advertisement

Buat pertama kali pelakon Hairul Azreen bergabung dengan rakan seperjuangan dalam industri iaitu Dini Schatzmann dalam acara Hyrox yang diadakan baru-baru ini. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di laman sosial, Hairul mengakui ada ketika dia berasa ingin berhenti untuk meneruskan acara tersebut namun kembali bangkit selepas Dini memberi semangatnya kepadanya. 

 

“My first Hyrox dengan my partner Dini Schatzmann, macam-macam bermain dalam fikiran, terasa nak berhenti, terfikir kenapa la kita join benda ni.

Advertisement

 

“Terasa macam ni last sekali la nak buat. Tapi terima kasih atas semangat dan good times. Dini thank you terima dan carry aku yang newbie,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian lain, suami kepada usahawan Hanis Zalikha itu meluahkan rasa syukur apabila dia dan Dini berjaya menamatkan acara itu dalam masa satu jam tujuh minit. 

 

“Satu jam tujuh minit, Men Double Hyrox. Terbaik partner Dini Schatzmann THE BEST NEVER REST,” katanya. 

 

Hairul turut memuat naik video mereka sepanjang Hyrox yang dimuat naik pelakon Janna Nick yang juga isteri kepada Dini. 

 

“Suara Jannah buat saya nak habis cepat buat Hyrox ni! Dia punya suara menekan-nekan. Tak tenang hidup,” selorohnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

Must Watch Video

Advertisement