Sekilas
- Spacedollah, adik kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, hampir lemas ketika berenang di tengah lautan semasa bercuti di Bali.
- Dia panik apabila ombak kuat menariknya ke tengah laut dan tidak dapat berenang kembali ke pantai, sehingga hampir minum air laut.
- Syed Saddiq berjaya menyelamatkan Spacedollah selepas jeritannya tidak didengar oleh yang lain.
Adik kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq iaitu Spacedollah berkongsi detik cemas dia hampir lemas ketika bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan, Spacedollah atau Syed Abdullah Syed Abdul Rahman insiden tersebut berlaku disebabkan dirinya sendiri yang mengambil keputusan untuk berenang di tengah lautan.
“Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, saya ni sangat pandai berenang. Ataupun itu apa yang saya fikirkan. Little did I know, I was very wrong.
“Pada permulaannya, saya pergi ke laut dan dengan yakinya saya cakap kepada Hadi, ‘Hey, bro, let's swim in the middle of the ocean. You know, we know how to swim, we know how to do this’.
“Dan ombak nampak macam okey saja. Saya bodoh yang amat kerana saya pergi berenang dan saya pergi makin tengah, heading towards the middle of the ocean.
“Tanpa saya sedar, ombak dah tarik saya very deep, very close to the middle. And the closer I got to the middle, lagi kuat ombak hentam saya. Time itu, barulah saya sedar, OK, I'm a bit too far away, dan saya kena berenang lebih dekat, or saya kena berenang closer to the beach,” kongsinya.
Spacedollah berkata keadaan menjadi lebih panik apabila ombak semakin menghentamnya dengan kuat dan membawanya lebih dekat ke tengah lautan.
“Ombak itu hentam saya sekuat. Dan saya tak tahu mana datang ombak itu. It was so strong. Then I realised I started panicking sebab saya dah tak dapat rasa tanah dekat kaki.
“Saya tak nak terlalu panik, apa yang saya buat adalah saya sandarkan badan saya ke belakang dan try to let the ocean push me back to the beach. Tetapi sebaliknya dia tarik saya lebih dekat kepada the middle of the ocean.
“Ketika itu saya tahu ia sudah menjadi lebih serius dan saya tak boleh main-main. Saya dah mula minum air laut yang sangat banyak,” ujarnya.
Dalam keadaan itu, jeritan Spacedolla yang meminta tolong tidak didengari adiknya, Syed Saddiq, Hadi dan rakannya dan membuatkan dirinya rasa hampir mati.
“Saya fikir saya akan mati dan saya terus mengucap waktu itu. Saya dah lemah sangat-sangat, tak boleh berenang,” katanya.
Namun, Spacedollah meluahkan rasa syukur apabila Syed Saddiq muncul dan berjaya menyelamatkannya.
Sumber - Threads