Skip to main content

Selebriti

Hanya Kerana Suka Duduk Di Dapur, Ibu Chef Wan Pernah ‘Dicemuh’ - “Kadang Rasa Sedih Sebab…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Chef Wan dedahkan ibunya pernah dihina kerana dia suka memasak dan membantu kerja rumah sejak kecil.
  • Walaupun ada yang kecam, Chef Wan juga terima sokongan daripada sesetengah pihak yang kagum dengan sikapnya.
  • Beliau mula belajar memasak dengan mengikuti mak cik yang jual kuih dan belajar secara barter trade selama hampir 10 tahun.

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail mendedahkan bahawa ibunya pernah dihina hanya kerana dia suka memasak di dapur dan menjaga adik-beradiknya.

Menerusi perkongsian dari sebuah podcast Studio Sembang bersama hos Amelia Handerson, Redzuawan atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan akui hairan mengapa ada pihak yang mempertikaikan tindakannya sedangkan dia hanya membantu ibunya.

“Ibu saya terima pelbagai cemuhan. Kadang rasa sedih juga sebab orang pandang seperti itu hanya kerana saya suka duduk dapur, memasak, menolong ibu, mengemas rumah dan menjaga adik. Bagi saya, apa salahnya saya buat kerja sebegitu?,”tulisnya.

Meskipun tidak diterima segelintir pihak, Chef Wan bagaimanapun berkata bahawa ada juga yang menyokong dirinya berbuat sedemikian sehingga ada yang ingin menjadikannya sebagai menantu.

“Tapi ada yang suka melihat perkara seperti ini sebab mereka juga percaya ini adalah perkara yang betul. Sampaikan ada mak cik yang ingin jadikan saya sebagai menantu,”ujarnya.

Dalam masa sama, Chef Wan turut berkongsi detik permulaan dirinya nekad mendalami ilmu masakan selepas mengikut rapat beberapa ‘mak cik’ yang menjual kuih.

“Selepas itu, saya mula buat barter trade. Itulah cara saya belajar memasak. Bila saya bagi timun dan kangkung yang saya tanam, mak cik itu akan panggil saya dan kata ‘mak cik nak buat pecal, kau nak belajar buat tak?’ 

“Mereka lah master kelas pertama saya dalam dunia masakan. Dari situlah saya belajar semuanya. Hampir 10 tahun saya ikut rapat mak cik yang jual kuih semata -mata nak belajar ilmu memasak daripada mereka.


 

“Kemudian pada usia muda itu juga saya mula sedar bahawa apabila kita rajin berusaha, rezeki pasti akan datang,”kongsinya.
 

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

Swiss Thomas Cordless Tanpa Wired Mini Chopper Blender Rechargeable USB Food Processor Electric Garlic Stirrer (250ml)

Swiss Thomas Cordless Tanpa Wired Mini Chopper Blender Rechargeable USB Food Processor Electric Garlic Stirrer (250ml)

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

Mug Water Cup Coffee Cup Milk Cup Birthday Gift for Girls Girlfriends Friends Cute Practical Ceramic Cup High-value Tanabata Souvenir Gift Box

min Mini Rice Cooker (0.8L) 1-to-1 Warranty & Free Shipping 迷你电饭煲 [Periuk Nasi] Small & Compact

min Mini Rice Cooker (0.8L) 1-to-1 Warranty & Free Shipping 迷你电饭煲 [Periuk Nasi] Small & Compact

Must Watch Video

Advertisement