Skip to main content

Selebriti

Haqiem Rusli Dedah ‘Turning Point’ Ubah Penampilan, Akui Populariti Kurang Selepas Berkahwin - “Saya Dah Jangka Perkara Ini”

Bakar isteri

Sekilas

  • Haqiem Rusli menganggap kegagalannya ke separuh akhir Muzik Muzik sebagai titik perubahan untuk melakukan rebranding diri dengan penampilan dan muzik baharu.
  • Haqiem percaya peminat sejati menghargai karya seni dan tidak terjejas oleh perubahan status perkahwinannya.
  • Isterinya, Sofia, banyak memberi dorongan untuk Haqiem mencuba penampilan baru bagi menarik perhatian peminat lama dan baru.
Advertisement

Kini dengan penampilan baharu, penyanyi, Haqiem Rusli mengakui bahawa kegagalannya untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam sebuah anugerah berprestij merupakan ‘turning point’ dirinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Menurut Haqiem, dia sudah lama menunggu saat untuk memasuki anugerah tersebut, sekali gus memberi semangat dan dorongan baharu untuk ‘rebranding’ dirinya bagi memastikan peminat sentiasa ingat padanya.

Advertisement

“Mungkin selepas saya gagal ke semi-final Muzik Muzik itu adalah turning point saya untuk rebranding diri.

“Selepas lima tahun saya tak pernah lepas masuk anugerah itu. Jadi, di situ macam  memberi satu semangat yang baru. Saya dah lima atau empat tahun menunggu untuk kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu. 

“Jadi, bila tahun kelima dan saya masih tak dapat lagi, perkara itu adalah turning point untuk saya fikir mungkin Haqiem kena cuba perkara baharu termasuk muzik dan penampilan baru untuk orang ingat kembali,” katanya kepada Gempak.

Haqiem berkata demikian selepas membuat persembahan di Konsert Tonton Soundstage di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ditanya mengenai sama ada faktor berkahwin menyebabkan popularitinya semakin berkurang, pelantun lagu Tergantung Sepi itu berkata bahawa perkara tersebut adalam lumrah dalam industri seni.

Menurutnya, peminat sejati adalah mereka yang menghargai karya seseorang penyanyi dan bukanlah dari kisah peribadinya.

“Bagi saya perkara itu lumrah.Saya dah tengok ada artis-artis lain yang berkahwin, itu lumrah. Mungkin dari segi peminatnya akan kurang sikit. Tapi untuk saya, peminat yang sebenar adalah peminat yang meminati karyanya. Jangan disebabkan saya dah kahwin, terus dah tak minat. Bagi saya, tak adil lah benda tu,”ujarnya.

Katanya lagi, dia sudah mengjangkakan situasi tersebut akan berlaku terutama apabila dia bernikah ketika zaman kegemilangannya.

"Sebelum saya kahwin pun saya dah jangka perkara ini akan berlaku. Sebab saya kahwin ketika saya baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.

“Ramai macam tak setujulah, 'Kenapa Haqiem nak kahwin, masa tengah peak?' Tapi jawapan saya, saya percaya pada rezeki Allah. Kalau selepas kahwin, saya naik ke, turun ke, itu semua takdir. Sebab bagi saya kahwin itu perkara yang baik,”kongsinya.

Bagaimanapun, Haqiem berkata penampilan baharunya itu juga adalah hasil dari teguran isterinya, Sofia supaya dia terokai perkara yang baharu

“Tapi Sofia banyak tegur saya, ‘Haqiem mungkin dah kena cuba buat look sikit, mungkin Haqiem dah kena try rebranding diri’. Jadi, Sofia banyak menggalakkan saya untuk cuba perkara baharu.

“Kalau Haqiem berada di tempat yang sama. Rambut pun sama. Mungkin peminat nak benda yang baru. Jadi, saya sedang rebranding diri lah,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

Must Watch Video

Advertisement