Sekilas
- Pelakon Hariz Hamdan kini lebih tertarik kepada individu yang mempunyai karakter kuat berbanding kecantikan fizikal.
- Dia menghargai mereka yang melalui pelbagai ujian hidup tetapi tetap memilih untuk menjadi insan baik dan optimistik.
- Hariz juga berusaha untuk menjadi insan yang sama seperti yang digambarkannya itu.
Pelakon Hariz Hamdan mengakui pandangannya terhadap tarikan dalam hubungan kini berubah seiring peningkatan usia.
Menurut Hariz, dia tidak lagi melihat kecantikan fizikal sebagai faktor utama, sebaliknya lebih tertarik kepada individu yang mempunyai karakter kuat.

“Makin meningkat usia, saya sudah tidak tertarik kepada kecantikan semata-mata.
“Sebaliknya saya lebih tertarik kepada seseorang yang mempunyai karakter yang kuat,” katanya menerusi perkongsian di Threads.
Tambahnya, individu yang melalui pelbagai ujian kehidupan namun masih memilih untuk menjadi insan baik menjadi daya tarikan utama buat dirinya.
“Seseorang yang pernah melalui pelbagai kesusahan, kejatuhan dan pengorbanan tetapi masih memilih untuk menjadi baik, menghormati orang lain, menjaga hubungan dengan Tuhan.
“Malah masih mampu tersenyum, kekal optimistik dan penuh harapan,” ujarnya.
Dalam masa sama, Hariz turut menyatakan hasrat untuk menjadi individu seperti yang digambarkannya itu.
“Saya juga sedang berusaha untuk menjadi insan seperti itu, insya-Allah,” katanya.
Sumber: Threads